Sabtu, 25 Disember 2021

BERITA MELEGAKAN

 



Jumlah mangsa banjir menurun di 4 negeri, Kelantan kekal

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka, Perak, Pahang dan Selangor menunjukkan penurunan manakala jumlah mangsa di Kelantan kekal, malam ini.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di 306 PPS di Pahang, Kelantan, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur setakat malam ini adalah seramai 46,524 orang.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir menurun kepada 37 mangsa daripada 13 keluarga setakat jam 8 malam ini berbanding 77 mangsa daripada 21 keluarga petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Cuthbert John Martin Quadra berkata, semua mangsa masih ditempatkan di dua PPS yang dibuka di daerah Alor Gajah dan Jasin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai lapan mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah dan baki 29 mangsa daripada sembilan keluarga pula masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Benteng, di daerah Jasin.

Di Perak, jumlah mangsa banjir di negeri itu mencatatkan penurunan lagi malam ini kepada 105 mangsa daripada 28 keluarga berbanding 111 orang daripada 30 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, dua keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan pulang ke kediaman mereka di Batu 7½ Lorong Mesra, Changkat Jong.

Katanya, seramai 61 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan manakala 44 mangsa daripada 10 keluarga berada di PPS dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

Di Pahang, menurut Info Bencana JKM merekodkan penurunan bilangan mangsa banjir malam ini apabila 26,494 orang ditempatkan di 193 PPS daripada 29,611 orang di 212 PPS petang tadi.

Jumlah daerah yang dilanda banjir kekal sembilan iaitu Kuantan, Maran, Jerantut, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Pekan.

Menurut laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula, Sungai Bera masih berada di paras bahaya dengan trend menaik, turut berada di paras bahaya adalah Sungai Kundang dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Di Selangor, Info Bencana JKM memaklumkan jumlah mangsa banjir pada malam ini menurun kepada 17,656 orang di 99 PPS di negeri itu berbanding 17,891 orang petang tadi.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi Facebook rasminya memaklumkan dua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) daerah Petaling dan Kuala Langat terpaksa ditutup sementara esok berikutan kejadian banjir membabitkan Klinik Kesihatan (KK) Seksyen 19, Shah Alam di daerah Petaling yang akan dipindahkan sementara perkhidmatannya ke KK Taman Medan, Petaling Jaya.

Manakala bagi daerah Kuala Langat pula, CAC di KK Jenjarom dipindahkan perkhidmatannya ke KK Telok Datok, Banting.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan masih kekal seramai 974 orang daripada 332 keluarga ditempatkan di lima PPS yang kesemuanya dibuka di jajahan Pasir Mas, setakat 10 malam ini.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya dengan dua sungai sahaja berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas. – Bernama, 24 Disember, 2021.

BERITA BAIK

TAPI WAJIB

BERSEDIA KERANA

TUNGKUJUH MASIH

BELUM BERMULA

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketua Pengarah Bomba minta bukti skim pilih kasih dalam menghadapi banjir, bagi bantuan pun pilih kasih, betul kah begitu di Malaysia? Contoh paling mudah geng kayangan jatuh hukum pun masih bebas, minta rayu boleh keluar negara, kalau rakyat biasa boleh kah begitu? Itu satu bukti kita ada dua keadilan, satu untuk rakyat biasa satu yang istimewa untuk kayangan, kayangan ini bukan datang terjun dari langit pun, mereka adalah golongan berkuasa berduit bertaraf berjawatan itu sahaja, bukan maksud terjun dari kayangan betul pun, kah kah kah, bagaimana kalau ke rumah pasung, untuk orang biasa untuk Tan Sri Datuk Panglima, Kerabat bagaimana layanan? Adakah sama ? Bohong lah kalau kata semua sama diberi layanan seadilnya, kalau taukeh gemuk datang dengan kereta Mercedez lain, kalau Proton Saga lain status pulak dilayan walau baju putih tepi jalan, kalau boleh maki akan kena maki jugak, kalau kereta mewah tak berani tahan pun, kalau orang negara ini masih menafikan perkara sebegini baik kah kah kah selama lamanya lah amin ini bukan antara dua darjat tapi kategori darjat berbeza beza ikut kemampuan baginda kah kah kah apapun kena ada gambar agung banyak lagi mudah mengatur ya tak ? Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

KM Melaka: Penduduk kawasan risiko banjir perlu peka ramalan cuaca ini satu lagi mangkuk hayun, kah kah kah kalau penduduk buat semua kerja yang dok makan gaji buta buat apa pulak ? Macam macam jabatan kementerian sampai 1.6 juta orang tapi tak ada hasil,.bila bencana mula Tai Chi, Kung Fu dan paling afdal Silat kah kah kah kalau bodoh simpan dalam mulut, tak payah celupar cakap, kan orang dah tahu betapa bodoh engkau wahai Munke Basi, entah lah dari mana asal usul orang begini? Mungkin TT boleh bagi cerah cuci otak orang begini kah kah kah