Isnin, 16 Mei 2022

RAFIZI MENANG KECUALI DI TIPU

 



Pertimbang tangguh pemilihan PKR sehingga isu selesai, kata Rafizi

RAFIZI Ramli meminta Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR mempertimbangkan untuk menangguhkan pemilihan parti semasa sehingga masalah pengundian diselesaikan.

Bekas ahli parlimen Pandan yang mencabar jawatan timbalan presiden itu berkata pengundian fizikal harus ditangguhkan sehingga sistem pengundian telah diuji sepenuhnya.

Ini katanya bagi mengelakkan pembatalan, kelewatan dan perselisihan faham dalam kalangan ahli parti.

“Saya mohon supaya JPP membawa perkara ini kepada presiden, Anwar Ibrahim supaya satu keputusan yang adil kepada semua anggota diambil.

“Saya mengambil pendirian sepanjang kempen pemilihan ini, adalah profesional untuk tidak mengambil bahagian dalam apa-apa keputusan parti yang boleh mempengaruhi kempen pemilihan kerana itu tidak adil kepada calon-calon lain.

Oleh itu, jalan yang adil dan profesional ialah membuat aduan rasmi kepada JPP untuk diputuskan memandangkan JPP diberikan mandat mengikut perlembagaan menjadi badan bebas untuk mengendalikan pemilihan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Surat aduan rasmi itu ditujukan kepada pengerusi JPP Dr Zaliha Mustafa.

Rafizi berkata, beberapa isu yang ditemuinya dengan sistem pilihan raya ialah permohonan pengundian ADIL tidak diuji sepenuhnya.

“Saya faham bahawa masa yang diberikan kepada JPP sekitar 2-3 bulan adalah tidak mencukupi untuk membangunkan dan menguji aplikasi pengundian ADIL dengan sepenuhnya.

Aplikasi undian fizikal dan atas talian ADIL sewajarnya diuji dengan jumlah pengguna yang jauh lebih besar berbanding keadaan sekarang yang mana sistem dipakai tanpa diuji secara menyeluruh.

“Tambahan lagi, daftar keanggotaan yang bermasalah dan mempunyai banyak data yang bertindih atau tidak lengkap akan menyebabkan mana-mana sistem yang dibangunkan akan bermasalah kerana apabila satu nombor kad pengenalan dimasukkan, sistem tidak dapat memanggil data yang tepat kerana terkeliru dengan data yang bertindih/tidak lengkap.”

Rafizi akan bertanding jawatan timbalan presiden menentang Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Antara isu yang didakwa Rafizi ialah sistem ADIL membenarkan ahli mengundi berkali-kali.

“Kelemahan sistem ini membuka kepada risiko penipuan apabila seorang pengundi boleh membawa satu senarai anggota dengan nombor kad pengenalan dan mengundi berkali-kali bagi pihak pengundi lain.”

Beliau menambah dalam pemilihan parti sebelum ini, 20,000 undi telah hilang semasa data dimuat naik dalam talian.

“Saya menjadi mangsa apabila sebahagian besar cabang-cabang yang mengundi saya termasuk Pandan, Selayang, Pensiangan dan lain-lain mengalami masalah ini sedangkan saya hanya kalah sekitar 3,000 undi sahaja mengikut data akhir.

“Risiko bahawa perkara ini akan berlaku sekali lagi sangat tidak boleh diterima.”

Rafizi bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada 2018, mencabar Mohamed Azmin Ali, yang merupakan penyandang dan mengekalkan jawatan itu.

Pemilihan PKR bermula pada 13 Mei dan akan berlangsung sehingga 22 Mei mengikut negeri. Semua ahli boleh mengundi secara fizikal atau melalui aplikasi. – 15 Mei, 2022.
 

WOIT

KAH KAH KAH

KHALAS

RAFIZI MENANG

KECUALI DITIPU

KAH KAH KAH



 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam pernah dengar ayat ni..

Tanpa Nama berkata...

Kalau parti sendiri pun tak tahu kendali dengan baik, nak jadi perdana menteri kendali hal ehwal 30 lebih juta rakyat Malaysia?