Isnin, 16 Mei 2022

MALAPETAKA UDAH SAMPAI

 

Banjir kilat di Kuala Kedah, 300 rumah terjejas

KIRA-KIRA 300 rumah penduduk di Kampung Cina dan kawasan sekitarnya di Kuala Kedah di Alor Setar terjejas banjir kilat susulan air pasang serta hujan pada 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.13 tengah hari namun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Pihak bomba hanya melakukan pemantauan di kawasan terlibat. Kesemua mangsa yang terjejas telah berpindah sendiri ke kawasan selamat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut jurucakap itu, berdasarkan maklumat terkini diterima pihaknya, paras air yang dianggar sedalam 0.3 meter itu mulai surut dan semua jalan boleh dilalui kenderaan. – Bernama, 16 Mei, 2022.

Hampir seluruh 

Semenanjung dijangka 

ribut petir, hujan lebat

 petang ini, 

kata Jabatan Meteorologi 

RIBUT petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa negeri di hampir seluruh Semenanjung Malaysia sehingga lewat petang ini, menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia setakat 2 petang ini.

Amaran itu menunjukkan ribut petir dan hujan lebat di sebahagian besar Kedah, Perak dan Johor serta seluruh Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 6 petang.

Sementara itu, Pahang dan hampir seluruh Kelantan serta sebahagian Terengganu pula dijangka mengalami keadaan sama sehingga 7 petang.

MALAPETAKA

CUACA DAH

SAMPAI

AMIN

BULAN 5 BANJIR

DAH MULA

AMIN

MASUK OKTOBER

LAGI PARAH

AMIN

UMAT MANUSIA

SELURUH DUNIA

WAJIB BERSATU

SELAMATKAN

ALAM INI

AMIN

KITA DI MALAYSIA

BOLEH BANTU

DENGAN HENTI

TEBANG HUTAN

KHALAS

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Malapetaka datang telah tertulis sejak azali lagi ..dah di tentukan ..jadi tetap jadi ..kita berserah jgn rungut dan melawan ..tuckbEEr ..

Tanpa Nama berkata...

Dan proses balik plastik masuk kilang bikin minyak