Isnin, 27 Jun 2022

TANGGUH JANGAN TAK TANGGUH



Zahid mohon tangguh perbicaraan kes rasuah dana Yayasan Akalbudi

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan permohonan penangguhan perbicaraan kes rasuahnya sehingga rayuan mendapatkan kenyataan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mei lalu, selesai.

Zahid mengemukakan permohonan itu minggu lalu, sementara rayuannya untuk mendapatkan kenyataan SPR itu kini dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Mei menolak permohonannya untuk mendapatkan kenyataan dirakamkan daripada saksi oleh SPR, atas alasan dasar awam dan kepentingan awam.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun berkata tanpa dokumen itu, haknya untuk mendapatkan perbicaraan adil dinafikan.

Pada pengurusan kes pagi ini bagi permohonan penangguhan dikemukakan Zahid, pihak pendakwa berkata mereka akan mengemukakan bantahan.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetapkan 7 Julai bagi tarikh perbicaraan permohonan itu.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM31 juta, lapan tuduhan rasuah membabitkan RM21.25 juta dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM65 juta. Wang itu milik Yayasan Akalbudi, satu yayasan kebajikan dipimpin bekas timbalan perdana menteri itu.

Jika disabitkan, Zahid berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Pada 24 Januari, Sequerah yang mengendalikan perbicaraan kes itu memerintahkan Zahid membela diri bagi semua 47 pertuduhan. – 27 Jun, 2022.

TANGGUH

TANGGUH

TANG TANG

KAH KAH KAH

TANGGUH JANGAN

TAK TANGGUH

SAMPAI

PRU 15

KAH KAH KAH

TANGGUH SAMPAI

BUANG KES

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT kalau macam ni bila dia nak masuk JAIL, kenapa dia boleh minta tangguh, mangsa kes duit tabung RM40 tidak pula ditangguh2 kejap aja kes selesai dan masuk JAIL. Orang kalau banyak duit haram tak payah masuk JAIL ke TT ?