Isnin, 27 Jun 2022

KES CURI BALAK

Syarikat balak mahu sekat pendedahan curi balak di Nenggiri, kata Husam

SAMAN sebuah syarikat balak berkenaan dakwaan kecurian hasil di Nenggiri hanya cubaan menyekat pendedahan berkenaan kes itu, kata Pengerusi Save Kelantan Husam Musa.

Katanya, beliau sedia mengemukakan permohonan untuk mengenepikan saman berkaitan kes di hutan simpan kekal (HSK) di tapak projek empangan hidro itu.

“Saya meminta peguam saya untuk mengenepikan saman itu sama ada esok atau lusa.

“Bagi saya ia satu cubaan untuk menghalang saya mendedahkan lebih banyak kegiatan yang menyalahi undang-undang mengenai kes kecurian balak di kompartmen 25 HSK Nenggiri.”

Husam yang juga ketua Amanah Kota Baharu menafikan kenyataanya satu fitnah memandangkan tiada sebarang penafian dibuat kerajaan negeri atau agensinya.

Malah tindakan saman itu juga pramatang memandangkan siasatan ke atas isu tebangan balak secara haram di kompartmen terlibat belum diputuskan.

“Saman ini boleh disifatkan menggantung diri sendiri oleh plaintif dan boleh menjadi pisau dua mata.

“Insya-Allah saya bertanggungjawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit, termasuk dua rencana yang dirujuk.

“Saya juga tidak akan berganjak dalam usaha saya menjaga kepentingan rakyat dan negeri Kelantan dan memastikan semua pihak yang terlibat di bawa ke muka pengadilan,” katanya.

Peguam mewakili firma terbabit dilaporkan berkata kes berkaitan dua kenyataan Husam menerusi Facebook pada 3 dan 6 Jun lalu, yang disifatkan sebagai memfitnah syarikat anak guamnya.

Dua saman itu difailkan syarikat balak Syarikat Al Dar Resources Sdn Bhd dan pemiliknya Mohd Haffiz Mohd Rasdin menuntut ganti rugi RM60 juta.

Tuntutan saman terbabit dibuat menerusi Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar di Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu.

Haffiz dilaporkan berkata syarikatnya mendapat kelulusan kontrak daripada Daulah Najah Sdn Bhd bagi projek mengeluarkan saki-baki kayu dalam kawasan berkenaan.

Menurutnya, usaha itu bagi menyediakan penempatan semula Orang Asli bagi pembinaan hidroelektrik Nenggiri untuk kawasan yang ditenggelamkan.

“Kelulusan kepada syarikat kami bukan projek pembalakan sebaliknya untuk pembersihan mengeluarkan saki-baki kayu dan pembinaan semula penempatan Orang Asli.

“Saya menegaskan dakwaan yang menyatakan saya dikatakan terbabit dengan pembalakan itu tidak benar.

“Saya mengeluarkan semua kayu bagi memudahkan pemilik projek menjalankan kerja mereka,” katanya. – 27 Jun, 2022.

WOIT

INI HEBAT

KES CURI  BALAK

DI MEKAH ..OPS

SILAP DI SERAMBI

MEKAH..SILAP LAGI

DI SERAMBI MOSCOW

KAH KAH KAH

PELACUR PUN

PANDAI CURI 

BALAK

KAH KAH KAH

SAPA TOWKA?

MELAYU KE CHINA? 

ATAU ARAB ?

AMIN

CHINA DARI MANA?

CHINA MALAYSIA

ATAU CHINA MERAH

ATAU CHINA

SINGAPURA

AMIN

ARAB DARI MANA

YAMAN KUWAIT

ATAU

AL ARAB CELUP

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Dulu parti pelachor ni sibuk nak potong tangan pencurik ..curik tolo ayam pon kono ..kata nye ookoom udud ..terkedud-kedud. Nak tanya Tuang Haji Mahaguru Sotong kok curik balak ookom nyo potong apo ..potong lanchaw ko ..