Selasa, 17 Januari 2023

KEPALA BESAR - CAKAP BESAR


Kerajaan Perpaduan lebih mudah jatuh jika ‘kepala terlalu besar’ – Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berpandangan, Kerajaan Perpaduan mungkin lebih mudah jatuh jika ‘kepalanya terlalu besar melebihi saiz jasadnya’.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan bermakna tiada pembangkang atau pembangkang terlalu kecil dan tidak bermaya.

“Jika pembangkangnya sangat besar, jadilah kerajaan itu berkepala besar bukannya Kerajaan Perpaduan. Jika kepalanya terlalu besar lebih besar daripada jasadnya maka kemungkinan jatuhnya itu lebih mudah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, Islam menegaskan semua keputusan yang diambil mestilah mengikut perhitungan hukumnya dan semua urusan yang tiada berpisah daripadanya.

Abdul Hadi memberitahu, ia menentukan batas sempadan kerjasama dan perpaduan dengan semua pihak yang sama dan berbeza dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Tidak mudah untuk menyertai perpaduan yang salah takrifnya serta tidak mengikut prinsip dan konsep Islam,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan pihak yang bermusuh terhadap Islam kini sedang menjual propaganda Islamofobia yang menjadi halangan untuk sementara waktu sahaja.

“Demikian itu, kerana manusia tidak boleh ditipu untuk selama-lamanya,” katanya.

Abdul Hadi berkata, perpaduan mestilah dipimpin oleh Islam yang berintegriti mengikut takrifnya yang tepat.

“Bukannya dipimpin oleh kalangan yang tidak beriman, tidak berakhlak dan tidak berilmu serta bukan pula berwalak kepada musuh Islam yang nyata.

“Inilah perpaduan atas asas ketaqwaan yang mendapat rahmat Allah SWT,” jelasnya.

WOIT

HADI AL-KAWAHLI

KATA KERAJAAN

KEPALA BESAR

KAH KAH KAH

WOIT

HADI SENDIRI

CAKAP BESAR

KAH KAH KAH

KALAU  CAKAP

BETUL BILA 

NAK BAWA

RAKYAT KE JALAN

RAYA

KAH KAH KAH

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KAH KAH KAH

CAKAP BESAR

JADI NATO

KAH KAH KAH

NO ACTION

TOK ONLI

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Ricesaffron@gmail.com berkata...

TT betul ke jika buah lebih besar dari kepala maka susah lah untuk kita berjalan,
Sama juga dgn kerajaan yg ada sekarang nampak macam buah lebih besar dari kepala otak lebih kecil dqri bijik,, tolong jawap

Tanpa Nama berkata...

Kepala apa yg besar tu?