Selasa, 17 Januari 2023

PROJEK GONCANG PMX


Muhyiddin cabar speaker ke mahkamah berhubung status ahli Parlimen

KEPUTUSAN Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang memaklumkan empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang sebelum ini bersama Bersatu, untuk tidak mengosongkan kerusi mereka adalah salah, kata Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu berkata parti itu akan membawa perkara ini ke mahkamah dan mencabar keputusan speaker.

“Alasan yang diberikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ialah empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah menjadi ahli langsung GRS pada 27 Oktober 2022.

“Dengan mentafsir Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu, Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapati keahlian mereka dalam Bersatu telah gugur serta-merta pada waktu itu, iaitu sebelum mereka bertanding dalam PRU-15 pada 19 November 2022,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini. 

Muhyiddin berkata, parti itu menerima keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat melalui surat bertarikh 16 Januari, 2023.

Empat ahli Parlimen - Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) - sebelum ini berkata mereka akan meninggalkan Bersatu untuk menubuhkan parti baharu.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh, berkata speaker telah terkhilaf dalam mentafsir perlembagaan Bersatu dan juga mendakwa bahawa beliau tidak mempunyai “kuasa” untuk mentafsirnya.

“Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu menyatakan seorang ahli gugur keahliannya secara serta-merta apabila menyertai mana-mana parti politik lain. 

“Fasal ini tidak terpakai kepada empat ahli Dewan Rakyat tersebut kerana mereka adalah ahli Bersatu dan Bersatu adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu.

Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai “parti politik lain” mengikut semangat dan intipati Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu,” tambahnya.

Selain itu, Muhyiddin berkata surat daripada setiausaha lembaga eksekutif Bersatu Sabah bertarikh 3 November telah menyenaraikan empat ahli Parlimen itu sebagai calon GRS daripada Bersatu.

Ini bermakna, penyertaan mereka sebagai ahli langsung GRS tidak menjejaskan keahlian mereka dalam Bersatu ketika bertanding pada PRU15 lalu, katanya.

Muhyiddin berkata jika terdapat percanggahan pendapat dalam mentafsir Fasal 10.2.3, maka Fasal 27 Perlembagaan Bersatu memberikan kata putus kepada majlis tertinggi parti.

“Maka, dalam hal ini hanya MPT Bersatu boleh menentukan sama ada empat ahli Dewan Rakyat tersebut telah gugur keahlian mereka serta-merta apabila mereka menyertai GRS.

“Oleh kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir Perlembagaan Bersatu, keputusannya bahawa empat ahli Dewan Rakyat berkenaan tidak perlu mengosongkan kerusi mereka adalah terkhilaf.”

Muhyiddin menambah, bekas pemimpin Bersatu Hajiji Noor hanya mengesahkan keluar parti pada 10 Disember, manakala tindakan ahli Parlimen menyeberang lantai berlaku pada 19 Disember.

“Kedua-dua perbuatan ini mengakibatkan keguguran keahlian mereka dalam Bersatu di bawah Perkara 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu selepas PRU-15,” katanya.

Muhyiddin berkata adalah jelas Yang Dipertua Dewan Rakyat telah membuat tafsiran khilaf berkenaan Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, maka Bersatu akan merujuk perkara ini ke mahkamah. – 17 Januari, 2023.

WOIT

INI PROJEK

NAK GONCANG

KERAJAAN

KAH KAH KAH

NAK ADAKAN

PRK ???

KAH KAH KAH

ATAU NAK

JATUHKAN

PMX

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

undang2 ditafsir sesuak hati oleh pembuat undang2.. dimana rule of law.. lepomasin

Tanpa Nama berkata...

Ramai orang politik lagi banyak kacau, patut ada 10 atau 20 orang saja pemimpin politik supaya senang atur arah tuju negara, sistem politik kena ubah, ramai sangat tikam sini tikam sana, semua nak kuasa kuasa money duit, bukan nak selesai masalah negara, tetapi nak tebuk kewangan negara, ramai curi ramai rasuah ramai rompak, sejak zaman kepimpinan Melayu Melaka lagi sama perangai, tak ubah, asal usul perangai sama kah kah kah, nak ada idea perbaiki ekonomi? Tarak, nak perbaiki alam sekitar tarak idea, nak cari cara buat duit? Pulak ramai idea supaya sapu billion kiri kanan mampooos negara begini woit, kah kah kah media jangan layan yang tak ada apa, drama politik tutup tirai, fokus apa penting untuk negara rakyat kemajuan sudah amin