Isnin, 1 Mei 2023

IMEJ BARU PARTI ISLAM



Annuar Musa bakal sertai PAS, kata Takiyuddin

BEKAS ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa menyatakan minatnya untuk menyertai parti Islam PAS, kata Takiyuddin Hassan.

Menurut Setiausaha Agung PAS itu perbincangan lanjut akan diadakan tidak lama lagi.

“Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk sertai PAS dan kita memang terima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin Umno untuk sertai Perikatan Nasional (PN),” kata Takiyuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi PN dipetik seperti Berita Harian.

“Kita akan menyusul dengan perbincangan lanjut. Kesemua mereka (bekas pemimpin Umno) itu, kita dalam proses untuk selaraskan kemasukan,” tambah ahli Parlimen Kota Bharu itu.

Annuar yang juga merupakan bekas menteri Wilayah Persekutuan yang dipecat daripada Umno sebelum ini menafikan beliau bersara daripada politik dan mendakwa beliau akan lebih aktif selepas ini.

Presiden Muafakat Nasional itu bagaimanapun membisu berkenaan parti yang akan disertainya dan menegaskan akan memilih parti yang ‘berhaluan baik’.

Pengesahan oleh Takiyuddin menamatkan spekulasi langkah Annuar seterusnya.

Bagaimanapun tidak didedahkan sama ada Annuar akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

Sementara itu Takiyuddin juga berkata hampir 20 bekas pemimpin Umno akan menyertai PN termasuk Annuar.

“Mereka boleh sertai mana-mana parti dalam PN sama ada PAS atau Bersatu. Kita tiada halangan untuk pertimbang kemasukan mereka memandangkan tawaran dibuat kepada semua bekas pemimpin Umno termasuk Khairy Jamaluddin,” katanya.

Mengenai bekas ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang juga dipecat daripada Umno, Takiyuddin berkata bekas menteri kesihatan itu tidak memberikan sebarang maklum balas khusus mengenai komitmennya kepada gabungan itu.

“Beliau memaklumkan akan bersama dengan kita, namun tidak dinyatakan secara spesifik. Beliau memaklumkan tidak akan bersama dengan UMNO dan PH. Justeru, kita jangka beliau akan bersama dengan kita,” kata Takiyuddin.

Semalam bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar yang turut dipecat daripada parti itu awal tahun ini mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN sebagai calon PN. – 1 Mei, 2023.

WOIT

BAGUSLAAA

PARTI ISLAM

ADA IMEJ BARU

AMIN

DINAMIK BUKAN

PAK LEBAI

TAK BERJANGGUT

TAK BERSERBAN

ADA PENGALAMAN

BUAT RASUAH...OPPS

SILAP BUAT

JUAL BELI HARTA 

DI MELBOURNE

AUSTRALIA

KHALAS

Tiada ulasan: