Isnin, 1 Mei 2023

SAH ADA PROJEK NAK JATUHKAN PMX



Jangan layan pengingau mahu tumbangkan kerajaan, kata Anwar

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengakui wujud konspirasi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduannya.

Bagaimanapun, beliau menafikan wujud peluang ia akan berlaku, berdasarkan kekuatan pelbagai kerjasama politik yang membentuk pentadbiran semasa.

“Kalau dia tak ada komplot, dia kerja apa? Dia jalankan tugas dia, tiap bulan dia ada strategi dia. Insya Allah, setakat yang kita pantau keadaan (kerajaan perpaduan) cukup kuat,” katanya.

Beliau turut menegaskan kekukuhan kerajaan diterajuinya untuk berdepan sebarang konspirasi.

“Apa yang penting, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta lain-lain cukup kuat dan jelas, jadi kita tumpu kerja.

“Jangan layan pengingau-pengingau ini,” katanya kepada wartawan hari ini.

Awal hari ini, portal berita The Vibes melaporkan terdapat kumpulan politik yang sedang berusaha menyingkirkan perdana menteri, tindakan yang boleh mencetuskan pilihan raya semula.

Dilaporkan yang terdapat ahli Parlimen Barisan Nasional yang dipujuk untuk turut serta dalam “misi berani mati”, di mana mereka akan mengorbankan kerusi mereka dan keluar daripada parti masing-masing.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution turut memandang ringan usaha menumbangkan kerajaan, berkata pentadbiran sekarang masih utuh dan berfungsi.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga berikrar untuk mempertahankan keabsahan Kerajaan Perpaduan dengan memastikan tiada ahli Parlimen BN keluar daripada parti masing-masing.

Zahid berkata khabar angin yang ada wakil rakyat BN hendak meletak jawatan juga tidak benar dan tidak berasas. – 1 Mei, 2023.

SAH LAGI BETUL

ADA PROJEK NAK

JADIKAN PMX

XPM

KAH KAH KAH

TAPI GANTINYA

TAK MENARIK

AMIN

TALIBAN AKAN

JADI GANTI

LEBIH BAIK 

KERAJAAN YANG

ADA SEKARANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: