Isnin, 1 Mei 2023

HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA


Muda gesa tolak permohonan ampun Najib

MUDA berkata ia menentang sebarang langkah untuk pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara.

Parti itu dalam satu kenyataan hari ini berkata memberi pengampunan kepada Najib, yang didapati bersalah atas pelbagai pertuduhan rasuah, akan menghantar mesej yang salah.

“Ini merupakan pendirian rasmi parti yang membantah sebarang gerakan untuk menyelamatkan mana-mana kleptokrat yang telah menyusahkan dan menggadai negara,” kata Muda hari ini.

“Pengampunan Najib yang didapati bersalah terhadap bukan satu tetapi tujuh pertuduhan bakal memberikan mesej yang salah kepada rakyat Malaysia. 


“Adakah rakyat biasa yang didapati bersalah atas jenayah yang sama adakah mereka juga akan diberi keistimewaan ini?” Tambahnya.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Beliau juga didenda RM210 juta apabila didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Muda adalah sekutu Pakatan Harapan dalam kerajaan perpaduan yang turut dianggotai Barisan Nasional.

Muda berkata memberi pengampunan kepada Najib ketika beliau baharu memulakan hukumannya akan menghantar mesej yang mana-mana individu berpengaruh, mempunyai hubungan kuasa tidak perlu bimbang tentang undang-undang.

“Ini bercanggah dengan prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang,” tambahnya.

“Muda akan terus memerangi mana-mana gerakan yang mahu menyelamatkan kleptokrat termasuk pihak-pihak yang cuba mencabar integriti badan kehakiman negara.

Menyindir Amanah, yang baru-baru ini memohon maaf kepada Umno berhubung kenyataan pengarah komunikasi mereka Khalid Samad kerana meminta Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan pengampunan Najib, Muda berkata ia adalah pendirian rasmi parti dan tidak akan menariknya semula.

“Sekali lagi kami ingin menjelaskan bahawa ini adalah pendirian rasmi parti dan bukan pandangan atau pendapat peribadi individu di dalam parti.

“Dan kami tidak bercadang untuk memohon maaf atas pendirian ini,” tambah parti itu.

Minggu lalu, Khalid merayu kepada Agong agar menolak pengampunan Najib.

Beliau berkata Amanah tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan dan raja-raja Melayu.

Susulan itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi  menyifatkan Amanah tidak boleh dipercayai kerana bersikap “kawan makan kawan”, walaupun kedua-duanya bekerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub kemudian berkata beliau secara peribadi memohon maaf kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan Khalid berhubung isu pengampunan Najib.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu juga berkata gesaan Khalid untuk menolak permohonan pengampunan Najib tidak mewakili parti.

Pada 31 Mac, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan 4-1 menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman ke atasnya, yang disahkan sebelum itu oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Panel kedua Mahkamah Persekutuan mendapati tidak berlaku kegagalan proses keadilan ketika mahkamah tertinggi negara mendengar rayuan akhir Najib pada Ogos 2022. – 1 Mei, 2023. 

GARIS TEPAT

DARI MUDA

AMIN

WAJIB SUSUN

ANAK MUDA

TURUN KE JALAN

AMIN

SATU AGENDA

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit tak ada kerja lain kah ? Asyik asyik karenah Najib kroni pencuri seangkatan dengan nya? Yang dalam penjara tak payah sibuk nak bebas bebas, biar dia duduk dalam selesai dah, nak hospital bagi pergi nak jumpa keluarga bagi jugak, nak kemut bagi saja kah kah kah apa susahkan sangat satu rakyat Malaysia ini? Fokus lah kerja sebagai wakil rakyat, fokus kerja sebagai Menteri fokus kerja sebagai wakil rakyat jaga kawasan jaga longkang jangan sumbat jangan sampah masuk rumah, lain lain tak payah sibuk, politik ini kerja sepenuh masa, hal jaga rakyat macam part time sahaja, kah kah guna akal guna otak sikit boleh tak? Jangan susahkan semua orang pasal seorang pencuri ada faham tak? Tak payah layan sangat, biar dia mohon biar semua tengok bagaimana proses semua berlaku supaya rakyat sedar siapa berkuasa siapa salah guna kuasa semua masuk sampah saja nanti kah kah kah nanti tunggu undi saja, senang buang sekelian penyamun dan sekutu sekutu sekali, kah kah buang yang berlakon alim ulamak dulu ya kah kah kah