Isnin, 1 Mei 2023

PRN - ADA TIPU ADA HELAH


PRN: Pembahagian kerusi BN, PH ditentukan lepas DUN bubar, kata Tok Mat

KEPUTUSAN pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hanya akan dibuat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dibubarkan.

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata keputusan itu akan dibuat di peringkat pusat dalam blok BN serta PH dan proses rundingan mengenai agihan kerusi di negeri terbabit masih berjalan.

“Keputusan pembahagian kerusi belum dibuat lagi, biar gerak kerja dilakukan dahulu, kalau cerita tentang kerusi memang akan (ada) masalah, (keputusan) pembahagian akan dibuat selepas pembubaran DUN, pada masa itu nanti kita sudah tiada pilihan, kita terus bersetuju dan terus bergerak ke hadapan.

“Jangan cerita tentang kerusi dulu, tetapi fikirkan bagaimana kita nak menang di bawah kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Pertahanan itu bersama keluarganya di Kampung Tanjong, Rantau, Negeri Sembilan hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Zambry Abdul Kadir dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Mohamad yang juga pengarah pilihan raya BN menjelaskan rundingan pengagihan kerusi adalah antara dua blok parti iaitu BN dan PH dan bukannya antara parti politik. – Bernama, 30 April, 2023.

WOIT

PASAI APA

LAMBATKAN

KAH KAH KAH

ADA TIPU

ADA HELAH KE ?

AMIN

SATU KAVADI

YANG DIPIKUL

OLEH PAKATAN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan tertipu..PH..UMNO/BN mempunyai pengalaman luas..60tahun.. merompak.. menipu..mengkhianat..sesiapa sahaja..asalkan matlamat mereka tercapai..belajar dari sejarah..cukup-cukup la..mandat dah diberi..teruskan..rakyat nak perubahan..nak lihat a better MALAYSIA...

Amier The Hero berkata...

TT.. den nak komen ringkas ajo ini kali. Oghang kato, kalau jumpo ular dgn oghang² umngok.. boduk dulu oghang² umngok. Ular tu boduk kendian takpo, kono patuk kek ular.. buleh htr poie spital. Kalau kono bolit kek oghang² umngok.. habih la. Chegu ko gubosa ko, takdo heran eh dek umngok ni.. janji tongkuk eh lopeh. Master PHD of ponipu.. mmg anugerah utk umngok!!! Kesiannnn pmx kosayangan TT.. sikit domi sikit akan kono tolan kek umngok. Umngok ni bukan type ular sawo dah.. diorg ni dah type anaconda kek hutan amazon paling ulu sekali dah tu.. kah kah kah kah kah kah kah....