Ahad, 23 September 2012

SATU LAGI PROGRAM PENERANGAN UNTUK ORANG RAMAI





SEMUA DI JEMPUT UNTUK BUAT RAMAI &MENDENGAR
Keganasan & Pembunuhan Polis
Siapa bertanggungjawabBila ianya akan berakhir?

Tarikh : 26 September 2012 (Rabu)
Masa: 8:00 malam– 10:00 malam
Tempat: Pusat Rakyat LoyarBurok
3-4 (Tingkat 4), Jalan Bangsar Utama 3
Bangsar Utama, 59000
Kuala Lumpur


Panelis
Phil Robertson
Timbalan Pengarah (Bahagian Asia), Human Rights Watch
N.Surendran
Pengasas Bersama & Penasihat, Lawyers for Liberty
Nalini Elumalai
Pengarah Eksekutif, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Lebih sedekad yang lalu, beratus-ratus orang telah mati dalam tahanan polis dan ditembak mati tetapisehingga sekarang masih belum ada akauntabiliti, ketelusan atau apa-apa siasatan sebenar yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab, seperti mahkamah, polis, Jabatan PeguamNegara dan hospital sewaktu memberikan bantuan perubatan atau menjalankan bedah siasat.
Walaupun jelas serius, pembunuhan yang tidak mengikut lunas undang-undang ini masih didiamkan olehbadan-badan penting yang memilih untuk meremehkan, mengabaikan dan menutup salahlaku ini danselanjutnya menyebabkan institusi-institusi penting ini hilang kredibiliti dan keyakinan awam.
Kerajaan benar-benar enggan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas bagi Menyiasat Aduan danSalahlaku Polis (IPCMC) dan secara berterusan dan membuta tuli memberikan sokongan kepada polistanpa mengira jenayah, salah laku dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka.



Dengan pelbagai program perhubungan awam, penjenamaan semula, penggunaan twitter dan facebookmasih tidak dapat  mengembalikan dan memulihkan keyakinan orang ramai terhadap polis. Para panelis akan membincangkan siapa yang bertanggungjawab dan bilakah ianya akan berakhir.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Eric Paulsen - 017-6768 106; epaulsenzero@yahoo.com
Afiq M Noor – 010-3666 434; afiqmnoor@gmail.com

1 ulasan:

Bosan berkata...

double standard kenapa tidak surendran diperkenalkan sebagai naib presiden PKR..

sedangkan kalau ada ngo yang ditubuhkan oleh ahli UMNO tanpa jawatan pun PR akan mengatakan NGO umno..