Jumaat, 21 Jun 2013

TIGA TUNTUTAN #TIPU505








KOMENTAR TUKAR TIUB

tiga tuntutan diajukan
1 - 7 pesuruhjaya spr letak jawatan
2 - adakan pemilihan semula ditempat berlaku penipuan
3 - hentikan projek persempadan semula

tiga tuntutan ini amat adil
tiga tuntutan ini amat masuk akal

jika esok 7 pesuruhjaya  spr letak jawatan
pasti himpunan di dataran padang merbok dibatalkan

orang ramai
bukan saperti tohmah dan fitnah
dari media united malays national organisation
bukan mahu buat onar
bukan mahu buat kacau

orang ramai marah kerana kena tipu
orang ramai marah kerana dakwat kekal tidak kekal

jika si penipu mengaku
dan letak jawapan maka
satu langkah bijak



Pakatan seru rakyat hadir di Padang Merbok, tuntut pilihan raya semula

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Pakatan Rakyat menyeru rakyat hadir ke Himpunan Blackout 505, Sabtu ini di Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 yang disifatkan pilihanraya paling buruk dalam sejarah negara.
Ketua Umum KEADILAN,  Anwar Ibrahim berkata, Pakatan mengulangi  tiga tuntutan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pakatan menuntut peletakan jawatan kesemua ahli suruhanjaya SPR terutamanya Pengerusi dan Timbalannya serta pelantikan ahli suruhanjaya baru dengan mekanisme yang lebih baik.
“Selain itu, Pakatan menggesa diadakan pilihan raya semula di 30 kawasan parlimen dan menggesa proses persempadanan semula dihentikan sehingga pesuruhjaya SPR baru dilantik,” ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat minggu pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat Pas hari ini.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan menolak kenyataan Pengerusi SPR, i Abdul Aziz Yusof kononnya kesal dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal yang timbul.
“Ini sama sekali tidak boleh diterima dan dimaafkan kerana sebelum ini Aziz sendiri mendakwa kononnya mungkin berpunca botol tidak digoncang, kesilapan dengan kontrakor pembekal dakwat dan ada nasihat daripada pihak kesihatan bahawa dakwat itu boleh sebabkan barah.
“Dakwat kekal ini adalah perkara asas yang menjadi bukti kelemahan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
“Jadi kita tekad untuk memberi komitmen yang tinggi kepada perhimpunan pada Sabtu ini bagi mendesak supaya pengerusi dan timbalannya segera meletakkan jawatan,” ujarnya lagi.

--------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa pemimpin yg menang cara tipu tak bagus untuk negara?
Depa ni jenih telur kena genggam oleh pihak yg membayangi depa
Bush jr menang pilihanraya president thn 2000 secara tipu, thn 2001 berlaku 911, iraq dan afganistan dijarah, sejarahnya smua org tahu
Najib menang cara tipu agak2 apa akan berlaku?
Tipu hanya akan melahirkan lebih banyak penipuan dan mangsanya adalah rakyat biasa

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof adalah penjawat awam paling bebal/bangan kononnya kesal dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal yang timbul. Integriti proses pilihan raya bergantung pada dakwat kekal selama 6/7 hari, ni tidak dalam masa 10 minit apabila dibasuh hilang kesan dakwat tu dan Pengerusi bangan tu tak faham akan prinsip dakwat kekal ialah tiada kemungkinan terjadi undi kedua/ketiga boleh dilakukan. Dia terlalu bangan dan bersikap liat untuk bertanggungjawab meletak jawatan lalu merekrut nama Agong/agama/bangsa untuk bersikap bahalolnya kerana tak rela lepaskan jawatan itu. Pasti Black 505 akan memberi tekanan mental hebat kerana satu juta awam akan mendaftarkan rasa marahnya terhadap si bangan ni.

Tanpa Nama berkata...

Mari kita minta USA bom Kuala Lumpur & putrajaya..

DIDI KOTA BELUD berkata...

Dua ayat...pukimak kutty....!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Dulu bukan main angkuh kedua-dua ekor peneraju SPR ini. Bila kena tibai oleh rakyat dan dengan bukti-bukti, dua ekor bangang tadi cuba lari macam burung ostrich, kepala hilang tapi bontot tertonggeng menunjukkan busuk yang amat sangat. Bagi aku, bila mereka ditimpa celaka, padan muka mereka kerana mereka lah yang membuatkan keadaan negara jadi kelam-kabut begini. Yang merekrut tuhan tu, senang jer jawapan untuk mereka: Mereka fikir ahli-ahli politik UBN dan SPR macam nabi, berperangai mulia dan tak pernah putar belit.