Sabtu, 7 Jun 2014

LAGI PROJEK TIPU MELAYU




BARISAN NASIONAL BAKAL MENGUTIP RM3.1 BILLION CUKAI GST DARI PEMBELIAN PETROL & DIESEL OLEH RAKYAT

Sehingga ke hari ini, Barisan Nasional masih berdiam diri dan mengelak dari menjawab soalan saya sama ada GST akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel oleh rakyat. Semakan ke atas senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kadar cukai sifar (zero-rated) dan dikecualikan (exempt) secara jelas menunjukkan bahawa Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

Ini sudah tentu akan menaikkan lagi harga petrol dan diesel tanpa disedari oleh rakyat, seperti yang saya jelaskan dalam kenyataan akhbar sebelum ini. Satu lagi siri kenaikan harga petrol dan diesel akan melonjakkan lagi inflasi dan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang.

Saya membuat kesimpulan bahawa Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel. Oleh yang demikian, Barisan Nasional akan mengutip setiap tahun sekurang-kurangnya RM3.1 bilion dari rakyat dalam bentuk cukai GST yang dikenakan ke atas petrol dan diesel seperti kiraan di bawah:

Jumlah penggunaan petrol setahun bagi 2013 (seperti jawapan Parlimen kepada soalan saya)

14.05 bilion liter
Jumlah penggunaan diesel setahun bagi 2013
 (seperti jawapan Parlimen kepada soalan saya) 
9.64 bilion liter
Jumlah penggunaan petrol dan diesel setahun
23.69 bilion liter
  
Harga bersubsidi petrol dan diesel setiap liter
RM2.10

GST pada kadar 6% bagi setiap liter 
13 sen seliter
  
Jumlah kutipan GST ke atas petrol dan diesel setiap tahun [13 sen X 23.69 bilion liter]
RM3.1 bilion


Bebanan cukai tambahan sejumlah RM3.1 bilion setahun yang dikenakan ke atas rakyat hanya dari pembelian petrol dan diesel adalah satu jumlah yang besar dan mengejut yang semestinya mempunyai kesan berganda ke atas harga barang.

Tindakan mengenakan GST ke atas pembelian petrol dan diesel ini samalah dengan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 13 sen seliter.

Oleh yang demikian, saya menggesa Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan segera bahawa pembelian petrol dan diesel tidak akan dikenakan GST.

Jika beliau enggan mengumumkan pengecualian pembelian petrol dan diesel dari GST, maka beliau perlu menjelaskan segera bagaimanakah Barisan Nasional akan membelanjakan RM3.1 bilion yang dikutip dari rakyat melalui GST ke atas petrol dan diesel.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

6 Jun 2014








----------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

udahlah! aku sbg penyokong umno tetap sokong umno! malas aku nak fikir semua ni! tak apa lah gst tu asalkan ada brim dan lain2. yg penting kerajaan bantu rakyat! selagi umno membela nasib melayu aku tetap sokong!

Tanpa Nama berkata...

aku juga sokong umno. jangan bagi cina raja lela di negara ini. jangan tadah tangan minta duit dgn cina. melayu bermaruah. amanah dan telus. biar kita sokong umno yang telus demi negara rakyat dan ooops raja... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Pale otak ko bodoh..nak jadi ahli umgokk wajib bodo dan bangang..tu pasal senang jer ko kena tipu...