Selasa, 1 Julai 2014

SELAMAT BERBUKA





REDUP

 RENYAI

malam kelmarin
mendongak ke langit
nampak 
anak bulan
dah besar
dah 
macam  tiga hari

lalu teringat
telok kemang
dimana anak bulan dilihat
dengan teropong

sekarang tak ada lagi
semua disusun
mengikut keperluan
hujung minggu
inilah buktinya
agama itu
disesuaikan dengan masa
dan zaman

awal pagi
langit biru 
puteh cerah 
bergumpal gumpal

petang redup renyai
guruh sayup didengar
dari sana 
dari sini


jai dan ezi
beri tekanan
untuk keluar rumah

puasa hari ke tiga
santai dan mantai

SAHUR
kelmarin sahur 
di kampong baru
tidak lagi melangan
restoran tikus
kini buka meja baru
belum cukup kerap mampir
untuk beri komentar

sahur nasi minyak
tanpa lauk
hanya sayur  tougeh
bersama teh o kosong
ini sebahagian dari projek
lima kilo

kg baru tak ramai orang

masjid sejarah kg baru
telah dirobohkan
untuk ubah suai
abislah sejarah warisan
parti ketuanan melayu
obses dengan projek
obses dengan yang baru

HUJAN SAMPAI
hujan turun
mengiringi  kesampaian
waktu berbuka

ini suasana sedih
kerana 
inalah masa 
inilah ketika
mak cik adik kakak
berjualan

kita yang puasa gumbira
dalam kesejukan

PANASKAN
orang peranchis kata
rien spesial
hari ini gwa tak ada spesial

tak ada yang baru
semua yang semalam
dipanaskan
untuk berbuka


SELAMAT BERBUKA

------------

2 ulasan:

Awanama berkata...

Buah Manggih memang terbaik dari kepulauan Melayu!

Awanama berkata...

TT kata nak kurangkan bobot pada bulan puasa. Memang Ramadhan memberi kesempatan kepada kita untuk hidup sihat. Masalahnya apakah kondisi sihat yang telah kita capai ini boleh kita optimalkan dan tetap dipertahankan setelah Ramadhan? Bukan untuk TT saja yang komited berpuasa pada bulan puasa ini tapi ditujukan kepada semua yang bercita-cita nak kurengkan kilo melalui puasa baik berpuasa secara ikhlas mahunpun berpuasa kerana mengikut tradisi.