Khamis, 25 Disember 2014

BANJIR DI KELANTAN






BANJIR


Saya baru selesai melawat bilik gerakan banjir negeri Kelantan di Kota Darulnaim. Paras air di sungai utama di seluruh Kelantan menunjukkan peningkatan ketara. Ini meningkatkan kedudukan kritikal di bebarapa jajahan seperti Kuala Krai yang sudah sedia kritikal.

 
Namun begitu, Alhamdulillah hujan pada waktu ini telah berhenti di seluruh negeri.
Mengenai penduduk yg terperangkap di atas sebuah bukit di Manek Urai, pihak Bomba cuba menghantar bantuan pada malam ini juga dan pihak tentera akan membuat percubaan kali ketiga bagi menghantar bantuan pada esok pagi.

Berdasarkan kedudukan yg kritikal pada waktu ini, jika sekiranya hujan esok hari, pihak Majlis Keselamatan Negara harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bantuan di kawasan kawasan kritikal, apa lagi kemudahan perhubungan utama antara Kelantan dan negeri lain telah terputus. Kemudahan bot Bomba yang lebih besar umpamanya tidak dapat di hantar ke Kelantan. 

Pada masa yg sama saya telah menghubungi YAB Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya dapat mengirim sumbangan tanda solidarati. Alhamdulillah kerajaan Selangor bersetuju dan jumlah bantuan mungkin di umumkan sehari dua ini.

Saya juga cuba menghubungi YAB Ketua Menteri Pulang Pinang bagi tujuan yang sama tapi beliau masih berada di luar negara.

Mohon rakyat Malaysia kirimkan bantuan dan DOA.
Husam Musa
Naib Presiden Pas
12.08 am/ 25hb 12 2014




----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak dapat jala ikan patin ke ????

Tanpa Nama berkata...

woit minta bantuan taukeh balak lah ...apa punya turr... balak songlap sampai botak...bila banjir buat deek... apa punya dunia nie... hasil balak sapu sorang 2... bila perlu bantuan menadah tangan minta merata...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

husam musa ni sapa?
ketua kerajaan negeri kelantan bernama ahmad yaakob

aegis bpo malaysia

Tanpa Nama berkata...

Mokcik suka Husam dah lama, bila tengok muka Husam, mokcik teringat Ronaldo, sbb bakat tu tinggi. Tapi tu la, dok dalam kawah politik ni, muka putih hensem pun lama-lama buleh jadi kelabu asap dan bergeleber. Mokcik harap Husam terus hensem dan awet muda.