Sabtu, 25 April 2015

CALON KITA DR WAN AZIZAH




KENAPA DR WAN AZIZAH 
JADI CALON

Saya menyokong kuat ketika Anwar Ibrahim dicadangkan untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada tahun lalu. Dan kemudian Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Projek untuk menjadikan Anwar calon ini gagal. Anwar Ibrahim digantikan dengan Wan Azizah.

Justeru, sokongan saya beralih. Tulisan saya beralih. Propaganda dan selebaran saya beralih. Sokongan saya beralih dari Anwar Ibrahim ke Wan Aziziah. Saya terus menyokong Dr Wan Azizah sebagai  calon N25 Kajang hingga ke kerusi Menteri besar.

Kali ini secara terbuka saya nyatakan – saya mahu dan menyokong Dr Wan Azizah menjadi calon di PRK Permatang Pauh. Saya juga mahu Dr Wan Azizah menang. Tulisan ini adalah tanda pertama dalam usaha saya memberi sokongan ini. Dalam tulisan ini juga saya cuba memberi pencerahan kepada ahli parti dan orang ramai tentang kenapa Wan Azizah wajib dicalonkan di Permatang Pauh.

Saya bukan Orang Parti. Tetapi saya menyokong langkah untuk menjadikan Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai calon P.044 di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Kecil yang akan datang ini. Untuk saya jika Dr Wan Azizah TIDAK dicalonkan pada Sabtu 25 haribulan ini maka ini adalah satu kesilapan politik yang amat besar. Saya ulangi – satu kesilapan politik.

Kenapa dan mengapa saya menulis ayat-ayat ini? Apakah saya TIDAK sedar akan makna dari apa yang saya cadangkan ini?

Saya amat sedar tentang apa yang saya tulis ini. Malah saya menulis untuk memperluaskan lagi kesedaran saya ini. Saya mahu mempengaruh para pengundi di Permatang Pauh dan juga sesiapa sahaja yang tidak faham kenapa Dr Wan Azizah wajib menjadi calon.

Pandangan saya : Dr Wan Azizah Wan Ismail wajib menjadi calon kerana Anwar Ibrahim. Sebab utama kenapa Dr Wan Azizah dicalonkan ialah Anwar Ibrahim. Bila saya menulis ini mungkin ada sosok-sosok yang beranggapan bahawa saya ini 'tukang kipas' atau ' kaki bodek'. Ini satu kesilapan membaca politik. Bodek dan kipas bukan mazhab politik saya.

Ketika saya menulis ini Anwar Ibrahim dalam penjara. Anwar Ibrahim dipenjara atas tuduhan meliwat. Ini satu tuduhan lawak. Ramai yang ketawa apabila membaca tuduhan ini. Kalau TIDAK percaya siapa ketawa - sila tanya Hisammuddin Hussein – Menteri Pertahanan kita. Atau sila pergi tanya Menteri Besar Johor Khaled Nordin. Mereka ketawa atau tidak ketika Anwar dijatuhkan hukuman kerana liwat? Jika masih belum puas ketawa sila tanya YB Azalina Osman wakil Pengerang.

Dalam bacaan politik yang betul - Anwar Ibrahim sengaja dipenjarakan kerana Anwar telah belot bukan kerana Anwar meliwat. Kata kunci disini ialah BELOT dan bukan LIWAT.

Anwar Ibrahim ialah bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak. Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada tahun 1998. Anwar TIDAK mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan perompak.

Pembelotan Anwar ini menyebabkan gerombolan penyamun dan perompak ini hilang Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Gerombolan ini juga hilang kuasa majoriti dua par tiga dalam Parlimen.

Paling menyedihkan para penyamun ini ialah kehilangan Selangor – wilayah terkaya di Malaysia dan terkaya di Asia Tenggra. Selangor - semenjak zaman berzaman telah menjadi lubuk emas gerombolan parti Ketuanan Melayu. Tempat mencari dan menjual projek. Kini Selangor dikawal dan ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Semua ini terjadi kerana Anwar Ibrahim. Semua ini berlaku kerana Anwar belot.

Justeru Anwar wajib dipadamkan dari nyawa dan badan politik Melayu-Islam-Bumiputera. Anwar wajib dimatikan dari politik Malaysia. Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari nadi politik Asia Tenggara. Anwar Ibrahim wajib dihilangkan dari politik Negara-Negara Islam. Anwar Ibrahim wajib diketepikan dari arena politik antarabangsa. Jalan terbaik ialah menuduh Anwar meliwat. Jalan terbaik ialah Anwar wajib disimpan dalam penjara.

Memenjarakan Anwar Ibrahim di Sungai Buluh bermakna memadamkan nama Anwar Ibrahim dari ingatan anak anak muda Malaysia. Jenerasi yang teringat akan Anwar bertugas sebagai Menteri Pelajaran, sebagai Menteri Keewangan atau sebagai Timblan Perdana Menteri – masih ada tetapi ingatan ini semakin susut. Tidak sesegar 1998.

Justeru konspirasi memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan – once and for all - untuk sekali rembat – nama Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari mulut politik rakyat Malaysia. Memenjarakan Anwar Ibrahim adalah strateji politik gerombolan lanun dan penyamun dalam parti Ketuanan Melayu.

Cita-cita United Malays National Organisation ialah memadamkan Anwar Ibrahim dari ingatan. Memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan agar pengaruh politik sosok Anwar yang telah memporak perandakan United Malays National Organisation ditamatkan.

Ingatan kolektif tentang Anwar Ibrahim wajib dilupuskan. Jenerasi muda – anak pelajar – anak mahasiswa – akan TIDAK tahu sama sekali akan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini. Semua wajib digelapkan.

Kepada sesiapa yang ada membaca Salalatul Salatin – Sejarah Melayu akan teringat akan Sultan Melaka. Jika Sultan murka maka Si Polan yang menjadi sasaran akan dibunuh satu keluarga. Tidak cukup dengan ini Sultan akan memerintahkan agar rumah Si Polan ini akan dibuangkan ke laut. Tidak cukup dengan ini TAPAK rumah juga akan dibuang ke laut.

Kezaliman ini terjadi dizaman Kerajaan Melayu Melaka. Hari ini jika boleh Anwar Ibrahim, anak anak dan kaum keluarga Anwar Ibrahim juga akan dibuang ke laut dan termasuk rumah-rumah mereka sekali. Inilah sebenarnya cita-cita dan niat gerombolan Ketuanan Melayu. Inilah cara terbaik untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim dari pentas politik Malaysia.

Kerana ini niat United Malays National Organisation – maka apa sahaja niat gerombolan ini maka kita wajib lakukan sebaliknya. Jika gerombolan ini mahu hitam kita wajib mahu puteh. Jika gerombolan ini mahu babi maka kita wajib mahu harimau. Jangan sesekali kita terperangkap dengan niat dan cita cita mereka.

Dr Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim. Wan Azizah mewakili Permatang Pauh bermakna Anwar Ibrahim masih lagi mewakili Permatang Pauh. Jika tidak ada Wan Azizah maka kita calonkan Nurul Izah. Jika bukan Nurul jika calonkan Nuha. Apakah ini keterlaluan?

Tidak – ini bertujuan untuk kita terus menghidupkan nama Anwar Ibrahim dalam pesada polituk Malaysia dan politik antarbangasa.

Apakah para pembaca terlupa – apabila Nurul Izzah dilokap di Jinjang - 35 media besar dunia telah menulis dan melapor '... daughter of Anwar Ibrahim detained... - anak Anwar Ibrahim ditangkap..” Dalam perang propaganda politik ini yang kita mahukan.
Saya sedar ada yang beranggapan jika Wan Azizah menjadi calon ini adalah amalan kroni. Parti Keadilan Rakyat akan dilihat parti kaum keluarga. Memang betul Wan Azizah ialah isteri kepada Awar Ibrahim. Kita TIDAK mencalonkan Siti Saodah pejual nasi lemak dari Kubang Semang. Kita calonkan Dr Wan Azizah kerana dia isteri Anwar. Kita mengangkat Nurul Izzah atau Nuha kerana mereka anak Anwar Ibrahim.

Kita lakukan ini dengan penuh kesedaran politik. Kita pilih mereka dengan kesedaran politik dan strateji untuk menumpaskan cita cita jahat United Malaya National Organmistion yang merancang untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim.

Gerombolan Ketuanan Melayu tahu bahawa Wan Azizh adalah calon menang untuk PKR. Justeru mereka berharap PKR akan jadi bodoh untuk meletakkan Mak Jah dari Kampong Mengkuang Mati sebagai calon.

Kepada yang menganggap Dr Wan Azizah ini adalah calon kroni – sebenarnya mereka ini tidak faham tahap perkembangan sosio ekonomi Tanah Melayu. Mereka termakan propaganda sengkek akhbar United Malays National Organisatuon.

Harus diakui pada hari ini - tahun 2015 - Tanah Melayu masih lagi ditahap ekonomi separuh feudal danb separuh kolonial – semi feudal and semi colonial. Tahap ini bukan sahaja di Tanah Melayu, malah watak ekonomi ini wujud di Indonesia, Sri Langka, India, Bangladesh atau Pakistan.Tahap ekonomi sabagini melahirkan budaya yang berwatakan separuh feudal dan separuh kolonial.

Dalam budaya separuh feudal ini nama keluarga amat penting. Pertalian darah amat penting. Justeru di Pakistan kita ada keluarga Bhutto, di India kita ada Ghandi, di Bangladesh kita ada Mujibur. Di Indonesia kita ada Megawati, di Filipina kita ada Macapagal dan Aquino. Di Tanah Melayu kita ada Najib, Hishamuddin, Khairy Jamaludin, Lim Guan Eng, Dr Tan, Nurul Izzah, Gobind Singh, Affendi Nawawi, Musa Aman, Katingan – nama-nama ini adalah pemain politik dalam negara kita. Mereka ini muncul dari budaya feudal.

Bukan satu jenayah untuk dilahirkan sebagai anak atau menantu Perdana Menteri. Bukan juga jenayah jika dilahirkan dalam keluarga politik. Inilah hakikat tahap sosio budaya dalam negara kita pada ketika ini. Tahap ini wajib kita lalui dan kita terima.

Apakah ini budaya yang baik? Untuk saya pada ketika ini bukan persoalan sama ada ini baik atau tidak. Untuk saya pada tahap ini yang wajib kita bincangkan ialah bagaimana boleh menggunakan jalur budaya ini untuk menumbangkan kerajaan United Malays National Organisation.

Tujuan kita menumbangkan kuasa parti ketuanan Melayu ini ialah untuk melahirkan budaya keungulan sosok yang berfikrah. Sosok yang dijadikan pemimpin kerana keupayaan, kerana merit bukan kerana nama keluarga atau kerana menantu PM atau anak PM atau anak menteri.

Mecalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail di P.044 Permatang Pauh adalah sebahagian dari perancangan jangka panjang untuk mengagalkan rancangan jangka pendek United Malaya National Organisation. Racangan jangka pendek gerombolan Ketuanan Melayu ialah agar kita semua melupakan Anwar Ibrahim. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-30-45


---------------

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DR WAN AZIZAH patut jadi PM pun

Itu kan DOKTOR bukan Bahalol macam Badan Besar

DR MAHATHIR bawa kemajuan , DR WAN AZIZAH pon boleh juga lagi professional dari Badan Besar aka Mat Mongol


DOKTOR memang jauh ber ribu ribu lebih bijak pandai dari Mat Nelayan aka Hadi Pil Kuda

Budak Nelayan Pil Kuda elok duduk ZOO saja pon

Tanpa Nama berkata...

Sokong pendapat TT. Madey pun pakai anak beranak juga, Paklah tido pun guna anak menantu, tapi kita gunan anak beranak untuk gagalkan penipuan gerombolan united penyamun melayu organisation.kah...kah...kah...Yang lawak hanya satu saja, Mak Jah dari mengkuang Mati.Aku rasa TT tersilap tulis.yang betul Mengkuang Titi.kah...kah...kah...

dino.yp@gmail.com berkata...

sukahati kau lah TT.

Naguib Kaki Lima berkata...

Ooo...ok ok.

Tanpa Nama berkata...

Masih relevan dan lojik jika calonkan Wan Azizah di PRK Permatang Puah.

Tetapi memang tak lojik bila Wan Azizah tiba-tiba jadi ADUN Kajang.

Bila Wan Azizah pergi jadi ADUN Kajang..ini memang sangat menyampah.

Alias Dasuki berkata...

Betul sekali, Sham. Wibawa Anwar perlu dipertahan. Beliau tak mungkin seorang penjenayah seperti yang dituduh. Kalau seorang penjenayah, beliau tentunya telah menyelamat dan melarikan diri dari kemunkinan dipenjara ketika difitnah sekali lagi dihujung hayatnya. Walau pun usaha beliau belum menyebelahinya, peristiwa telah termaktub sebagai lambang KEZALIMAN YANG NYATA.

Tanpa Nama berkata...

dah jadi MP Permatang Pauh - letak jawatan- bagi kat suami dan kata nak berehat tak nak campur politik lagi dan nak bagi tumpuan pd keluarga.
Kajang Move - elok-elok adun dah ada disana, suruh letak jawatan nak jadi MB konon, bila tak berjaya bagi kat isteri pulak.
Itu adakah sebahagian drp PUTAR_BELIT PKR
Selamat menanggong MALU PKR diPermatang Pauh.

Tanpa Nama berkata...

Ko memang standard macai pkr la tt...kah3.

Tanpa Nama berkata...

Dasat lu punye explain Isham. Spot on bro...

Meleis mmg susah nak paham ayat2 direct lu. Ayat songsang trus biol. Lihat mamat tanpanama 4.13 ptg. Ini manusia ka taik?

Skrg ulamak2 PAS dah join ulamak2 UMNO bersedia mempukimak rakyat atas pelbagai alasan. Ulamak PAS jadi buta tak reti nak guna pengruh Anwar Ibrahim. Yg derang tau Quran Hadis je boleh tumbangkan gerombolan.. Kiyai2 ni mmg biol tahap taik. Time suruh org bersedekah, derang la no 1. Kerana Allah katanya. Bila dah sedekah, tak pernah2 cukup nak sueuh kita bersedekah sekali dgn telor kote dan lubang jubur sekaligus. Sikik2 sudah la.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU 100 % DENGAN ULASAN TUKAR TIUB !
WAJIB calonkan Wan Azizah untuk PERMATANG PAUH !

Tanpa Nama berkata...

PKR patut putuskan hubungan dgn Hadi, tapi teruskan hubungan dgn AJK Pas Pusat. Isyarat jelas harus diberi kpd perwakilan Pas Jun nanti.

foo berkata...

ada jugak beruk2 yang x faham politik dlm ni..rasanya beruk2 alim pas kot...wan azizah ialah pilihan yg maha tepat...jgn letak hadi awe sudah..kahkahkahkahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Bro TT asal jelebu ns. Tak brapa tau pasal mengkuang mati. Ulasan dia respek. Itu hasil dia belajar di UK n France. Ini yg beruk 4.13pm tak reti nk paham. Sbb suka sgt makan kek taik. Haha

Johan berkata...

kupasan TT memang power. kalau dah start membaca, mesti ghairah nak baca sampai klimaks. hehe

Tanpa Nama berkata...

Takda calon lain dah ke di permatang pauh? Apa ahli PKR di permatang pauh tiada yang berkebolehan untuk diketengahkan? Jika pengaruh anwar di permatang pauh begitu kuat apa yang hendak digusarkan? Persepsi masyarakat mengenai parti keluarga mestilah ditukar serta merta. Ini bukan hal anwar sahaja dan Wan Azizah tetapi inilah masa untuk membuktikan keupayaan PKR untuk menang meskipun tanpa anwar. Jika terus begini hanya akan mengundang persepsi negatif kepada parti.

Unknown berkata...

"sentiasa menghidupkan nama Anwar di arena politik tanah air..."
ini nama nya sokong pada sosok bukan pada tajuk..kalau nak ikut kan kak Jah yg berkipas tu..apa layakanya ..tiada tajuk menarik dri beliau melainkan bini DSAI SAHAJA..

fairuzhafeez berkata...

Kajian perlu dgn statistik. Boleh terima pandangan TT.