Rabu, 29 April 2015

#KITA LAWAN TERUS MELAWAN





#KITA LAWAN
 TRENDING #1 
DI TWITTER
Hastag #KitaLawan sedang trending tertinggi di Malaysia di laman Twitter ketika ini membuktikan perjuangan anak muda telah membuka mata dan menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia untuk bersama dengan #KitaLawan.
Tidak kira melalui pilihanraya mahupun jalan raya, anak muda akan terus melawan kezaliman dan penindasan. Yang pasti dalam masa 3 hari lagi, rakyat akan turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur untuk melawan GST.
Moga perbincangan di laman-laman sosial ini akan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa suara rakyat ini mampu melakukan perubahan. 
Desakan anak muda pada Himpunan 7 Mac 2015 agar #UndurNajib dan #BebasAnwar kini telah menampakkan keretakkan dan perpercahan di kalangan pimpinan UMNO. Pastinya, tuntutan anak muda #KitaLawanGST pada Himpunan 1 Mei 2105 akan memberi kesan yang mendalam jika kerajaan terus menzalimi rakyat melalui cukai GST.
Juga, ceramah grand finale #KitaLawanGST akan diadakan pada hari Khamis, 30 April 2015 jam 8.30 malam bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Segala pemberitahuan terakhir mengenai pergerakan Himpunan 1 Mei 2015 akan dimaklumkan pada malam tersebut.  
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan!
Sebarkan
28 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN





-------------------

Tiada ulasan: