BAGAIMANA VALUECAP MENDAPAT DANA RM20 BILION DAN RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN PEMISAHAN JAWATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
Pengumuman Najib Razak bahawa pentadbiran beliau akan memperuntukkan RM20 bilion kepada ValueCap Sdn Bhd untuk membeli saham-saham di Bursa Kuala Lumpur bagi tujuan merangsangkan pasaran saham negara perlu diberi perhatian segera.
Sehingga kini, rakyat tidak dimaklumkan dari manakah dana RM20 bilion ini akan diperolehi untuk disuntik ke dalam ValueCap. Umum mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia telah berdepan dengan defisit belanjawan sejak tahun 1999 dan tidak mungkin mempunyai ruang fiskal untuk memperuntukkan sejumlah RM20 bilion bagi tujuan yang diumumkan semalam.
ValueCap adalah sebuah syarikat pelaburan saham yang dimiliki secara sama rata di antara Khazanah, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP). Ketiga-tiga dana yang memiliki ValueCap ini adalah dana milik rakyat.
Semasa ValueCap ditubuhkan dalam tahun 2002, ketiga-tiga dana ini menerbitkan bon sebanyak RM10 bilion untuk digunakan bagi tujuan melabur di Bursa Kuala Lumpur. Ini bermakna ValueCap sebelum ini berhutang dari pasaran bon bagi tujuan menyuntik dana ke Bursa Kuala Lumpur dengan membeli saham-saham tertentu.
Semakan terhadap penyata kewangan ValueCap terkini yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 menunjukkan bahawa syarikat itu mempunyai aset cair (tunai dan saham-saham selepas ditolak dividen) sebanyak RM3 bilion sahaja. Maka, untuk menyediakan dana sebanyak RM20 bilion bagi membeli saham-saham yang jatuh kerana sentimen pasaran yang lemah, ada kemungkinan besar ValueCap terpaksa menerbitkan bon yang besar.
Ini bermakna sekali lagi Najib Razak menggunakan dana rakyat untuk berhutang bagi tujuan menutup kelemahan pentadbiran beliau. Sekiranya ValueCap menerbitkan bon bagi tujuan mendapatkan dana RM20 bilion ini, ia samalah seperti mendedahkan Khazanah, PNB dan KWAP kepada risiko hutang sebanyak RM20 bilion.
Lebih membimbangkan adalah apabila dana RM20 bilion ini bakal digunakan untuk membeli saham-saham yang disifatkan bernilai rendah. Saya khuatir jika ValueCap diarahkan untuk membeli saham-saham dari syarikat-syarikat yang berkepentingan rapat dengan Umno/Barisan Nasional bagi tujuan membuat keuntungan jangka pendek kepada mereka yang berkepentingan itu. Jika ini berlaku, maka dana rakyat melalui Khazanah, PNB dan KWAP telah digunakan untuk menyelamatkan mereka yang berkepentingan dan rapat dengan Umno/Barisan Nasional.
Masalah sentimen yang lemah terhadap saham-saham di Bursa Kuala Lumpur tidak akan selesai selagi masalah 1MDB dan krisis kredibiliti Najib Razak tidak diselesaikan segera. Ini membawa risiko yang besar kepada Khazanah, PNB dan KWAP kerana hutang RM20 bilion melalui bon yang diterbitkan (jika tiada suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan) akan dihabiskan untuk membeli saham-saham yang tidak akan meningkat nilainya selagi masalah 1MDB dan krisis kredibiliti Perdana Menteri tidak diselesaikan. Akhirnya, Khazanah, PNB dan KWAP berhutang RM20 bilion dan memiliki saham-saham yang nilainya lebih rendah dari RM20 bilion.
Ubat sebenar kepada masalah ini adalah menyelesaikan krisis kredibiliti yang terpalit dengan Perdana Menteri. Oleh itu, hari ini saya telah memfailkan satu Rang Undang-undang Persendiri untuk memisahkan jawatan Menteri Kewangan dari Perdana Menteri. Hanya dengan perletakan jawatan Najib Razak sebagai Menteri Kewangan barulah Bursa Kuala Lumpur ada harapan untuk pulih.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
---------------
3 ulasan:
Masalah lagi
Makin banyak hutang negara makin papa kedana lah Rakyat
Macam mana orang bodoh boleh jadi pemimpin nih?????
Mana didikan agama Islam dalam otak orang orang Melayu
Bala medatang masih di bangga
Hancur negara
Ada BON BON
Chabut...... Chabut...... Chabut......
Lebih membimbangkan adalah apabila dana RM20 bilion ini bakal digunakan untuk membeli saham-saham yang disifatkan bernilai rendah. Saya khuatir jika ValueCap diarahkan untuk membeli saham-saham dari syarikat-syarikat yang berkepentingan rapat dengan Umno/Barisan Nasional bagi tujuan membuat keuntungan jangka pendek kepada mereka yang berkepentingan itu. Jika ini berlaku, maka dana rakyat melalui Khazanah, PNB dan KWAP telah digunakan untuk menyelamatkan mereka yang berkepentingan dan rapat dengan Umno/Barisan Nasional.
***sdr.rafizi, tt dan pembaca, pembetulan supaya lebih tepat lagi: Jika ini berlaku, maka dana rakyat melalui khazanah, pnb dan kwap telah digunakan untuk menyelamatkan mereka yang berkepentingan dan rapat dengan PEMIMPIN ATASAN umno/barisan nasional SAHAJA. [**dgn ini harap membuka mata sebilangan besar ahli2 umno/bn yg setakat duduk di bawah, sekadar menjadi kuli di peringkat cawangan mahupun bahagian, bahwa kepentingan dan kebajikan mereka bukanlah priority yg terlalu tinggi dlm journal para elite yg mereka ampu sebagai bos!]
caya bro isham n rafizi..mmg tepat bacaan anda ni..sama mcm zaman mahatir.anwar masuk pjara, ekonomi teruk, bskl jatuh teruk..kalo tak silap masa tu cuma 700 mata je..kemudian mahatir PUMP duit ke bskl dgn langkah2 bailout company2 kroni yg nazak tp bukan najib tun nazak tau..kena tanya arwah lee kuan yew, soros dan jack abromovick mcm ne mahatir dpt duit utk pump selain dari kwsp dan tabungan2 negara yg lain. demo rasis yg tak keruan tujuan utk tutup 1mdb,kjatuhan ringgit, kjatuhan kroni2 mahatir sampai berjaya toto pun rugi bejuta ringgit, isu gst, kes altantunta, wang derma 2.6b, dan terkini kes morais yg penah bjumpa pgasas ambank sblm arwah mati ditembak..spt biasa, lagu rasis dimainkan..nanti himpunan hijau plak akn demo rasis agama n hudud akan dmainkan sb parti amanah sudah bcambah, btunas dan berakar.
Catat Ulasan