Rabu, 7 Oktober 2015

SURAT TERBUKA DARI SB






SiLA BACA

SILA HAYATi 

SURAT SB




SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi.

Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran.

Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.

Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan.

Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara.

Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu.

Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.

Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka.

"What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN.

Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.

Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT.

Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan.

Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini.

Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.

Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang.

Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal?

Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.


surat ini panjang untuk
sambungan baca disini:

Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=604066%3Anot-another-kevin-morais-please-after-exposing-najib-co-ex-sb-no-2-must-keep-himself-safe-from-murder&Itemid=2#ixzz3nvwnRMCE
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter





----------------

14 ulasan:

kerja sendiri berkata...

Semoga dia tidak mati disimen atau diapa-apakan oleh penyangak-penyangak negara.

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Awanama berkata...

"....Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah....."

Sura 4, Women (Al-Nesã’)
[4:135] O you who believe, you shall be absolutely equitable, and observe GOD, when you serve as witnesses, even against yourselves, or your parents, or your relatives. Whether the accused is rich or poor, GOD takes care of both. Therefore, do not be biased by your personal wishes. If you deviate or disregard (this commandment), then GOD is fully Cognizant of everything you do.

http://masjidtucson.org/quran/frames/index.html

Awanama berkata...

Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.

"Violating Your Oath: A Serious Offense"
Sura 16, The Bee (Al-Nahl)
[16:94] Do not abuse the oaths among you, lest you slide back after having a strong foothold, then you incur misery. Such is the consequence of repelling from the path of GOD (by setting a bad example); you incur a terrible retribution.
[16:95] Do not sell your oaths before GOD short. What GOD possesses is far better for you, if you only knew.
[16:96] What you possess runs out, but what GOD possesses lasts forever. We will surely reward those who steadfastly persevere; we will recompense them for their righteous works.

http://masjidtucson.org/quran/search/index.html

Awanama berkata...

Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT.

[6:123] We allow the leading criminals of every community to plot and scheme. But they only plot and scheme against their own souls, without perceiving.

[8:30] The disbelievers plot and scheme to neutralize you, or kill you, or banish you. However, they plot and scheme, but so does GOD. GOD is the best schemer.

[16:45] Did those who scheme evil schemes guarantee that GOD will not cause the earth to swallow them, or that the retribution will not come to them when they least expect it?

[35:10] Anyone seeking dignity should know that to GOD belongs all dignity. To Him ascends the good words, and He exalts the righteous works. As for those who scheme evil works, they incur severe retribution; the scheming of such people is destined to fail.

[35:43] They resorted to arrogance on earth, and evil scheming, and the evil schemes only backfire on those who scheme them. Should they then expect anything but the fate of those who did the same things in the past? You will find that GOD's system is never changeable; you will find that GOD's system is immutable.

Awanama berkata...

Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka.

[17:16] If we are to annihilate any community, we let the leaders commit vast corruption therein. Once they deserve retribution, we annihilate it completely.

Awanama berkata...

Cut the Craps


Apalah tulis panjang-panjang..
Cut The Long Story Short..
jangan lah tulis esay beribu perkataan.
Kami nak tau Siapa yang beri arahan bunoh Altantuya
Siapa yang beri arahan bunoh Teoh Beng Hock

Awanama berkata...

Mana budak bahalol tu ????

Datuk Seri LOL , bagi lah budak tu BILYON BILYON tuk duit Raya Haji nya..... Kita ada banyak BILYON BILYON lagi kan ; makan pon tak habis ......


Dunia Dunia.... Semua boleh TURNING OVER lah...... Mana budak PTAIL ?????

Esok Lusa keluar pulak ,....." Ambo tak tulis apa apa.... Ambo pening doh...."

Kepala Otak !!!!!!

Awanama berkata...

Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.

....Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan pandai "menjilat" tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin politik haprak ini. Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka.

Kepada Dato Sri Fuzi Harun saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel......I Know What You Did Last Summer!!!

[17:18] Anyone who chooses this fleeting life as his priority, we will rush to him what we decide to give him, then we commit him to Gehenna, where he suffers forever, despised and defeated.
[17:19] As for those who choose the Hereafter as their priority, and work righteousness, while believing, their efforts will be appreciated.
[17:20] For each one of them we provide; we provide those and these from your Lord's bounties. Your Lord's bounties are inexhaustible.
[17:21] Note how we preferred some people above others (in this life). The differences in the Hereafter are far greater and far more significant.

Awanama berkata...

anwar ibrahim pm malaysia 2016.

FOUR WIRE berkata...

Betul....buat apa tulis panjang..
Elok beli quran dan sedekah kat kita..kan kan..

zeff berkata...

I Know What You Did Last Summer!!!
fuiyooh harap2 ade bahagian kedua surat ni
panjang macam surah albaqarah pun aku tak kisah
kami nak tau 'what he did last summer'

Awanama berkata...

Haha..sindrom polis pencen lagi.. LANCHOW la.. malaysia pukimak dok ada.. kes dulu2 camana crita? Tegakkan lanchow atau tegak keadilan? Dah boroi makan duit rakyat, baru sekali kene pelempang, baru nak sedar?

Awanama berkata...

ada gak sb yg berani ..dulu sb2 ni yg pukul anwar, tian chua, isham rais dan dan dan lg..aku masih ingat bibit2 skrip dlm teater bilik sulit.mat sabu kata tiang pun bole bckp..1mdb dan scandal2 lain najib rosmah adalah ciptaan Mahatir Muhammad. Mahatir la yg mcipta pak lah, kmudian mnurunkannya.mahatir juga mcipta najib.langkah najib adalah langkah yg sama dgn mahatir.mahatir bayar jack abrominck utk jumpa bush.najib mgunakan dato raba2 utk jumpa obama.najib bsalam dan mbaca taurat utk bibi, mahatir cuma mkritik zionis dan ada dagangan antara msia israel mlalui singapore. mahatir guna wawasan 2020 yg ditiru dari wawasan 2020 israel, najib guna 1malaysia yg ditiru dari 1israel..kini ciptaan mahatir mhancurkan sume rakyat tmasuk mlawan sang pcipta iaitu mahatir muhammad. sejak dulu lg aku gelarkan mahatir sbg bapa kmusnahan.mahatir takut globalisasi dan najib diserang mlalui globalisasi..globalisasi yg dimaksudkan adalh internet.dulu sume berita luar negara akan ditapis oleh bernama, sb tu rakyat buta dan pekak dan menganggap mahatir la bapak segala kepandaian dan kepintaran..rupa2nya, mahatir pun copy and paste teknik dari luar utk mnewaskan musuh2nya..SB2 mjadi mata dan telinga mahatir.globalisasi mbuktikan bahawa mamak ini bukan pandai pun ..kuat kencing mcm najib..mamak ni kuat ketika ada kuasa, sama mcm najib..terima kasih ronald reagan dan labah2 yg mjd inspirasi dipentagon.mahatir dan najib harus diikat bersama dgn rantai besi yg berat kmudian ditenggelamkan dilaut dalam agar puaka2 yg disaka'i oleh mrk bdua turut mati dan tinggal bersama didasar laut..undur tangkap dan dakwa.bawak balik segala duit rompakan dan dijual sosmah di selatan thai sbg pnari tiang.