Rabu, 7 Oktober 2015

RAJA MELAYU MULA BERSUARA









RAJA MELAYU

MULA 

BERSUARA

Raja-raja Melayu mahu siasatan 1MDB selesai secepat mungkin 


Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.
Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.
Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.
"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, ia turut menjadi antara sebab yang mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."
Menurut kenyataan itu, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.
Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.
"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.
Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.
Raja-raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
"Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.
Baginda sekalian mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur.
Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.
"Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni," kata kenyataan itu. – 6 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/raja-raja-melayu-mahu-siasatan-1mdb-selesai-secepat-mungkin#sthash.aFblSj59.dpuf

KAH KAH KAH
woit
adakah penyimpan
mohor besar raja raja
akan dipindahkan
ke pejabat perdana menteri
kah kah kah

MOVE TO PMO



-----------

5 ulasan:

Awanama berkata...

kah kah kah...........
mau lari mana?
kote semakin lembik..........

Awanama berkata...

Jangan riuh riuh sehari dua saja

Macam tak dapat elaoun pulak !!!!!!

Mat Bahalol POWER.... Ada BON BON tau...

Boleh MAGIK!!!!!!!

Chabut..... Chabut..... Chabut.....

Awanama berkata...

Syukur kepada Allah taala yang membangkitkan dari tidur panjang akan hamba2Nya yang bertaraf raja di dunia melayu ini lantas terbeliak melihat betapa, hancurnya negara berdaulat ini diserang garuda.

Kalau tuanku kata kerja2 membaiki kerosakan ini hanya fardu kifayah tapi kami rakyat jelata mohon dinaik taraf statusnya kepada fardu ain, yakni wajib kita semua menuntaskan masalah ini dengar kadar segera.

Sejak semalam lagi rakyat jelata tersangat ceria tidak terkata. Seluruh warga negara bermuafakat untuk menjemput tuanku makan kenduri bersama rakyat. Terlalu ramai tuanku. Seluruh rakyat dari perlis sampai ke johor. Rakyat di sabah dan sarawak lebih meriah lagi tuanku.

Asrul Sani berkata...

Barulah patik merasa gumbira kerana Paduka Tuanku telah dilihat melaksanakan tugas yang sebenar menjaga kesejahteraan rakyat dan kepentingan negara ini. Sekarang, jika TT cakap Tuanku makan gaji buta, patik akan tendang bontot dia dari San Peng Flat sampai ko Jolobu....ampun tuanku....

Unknown berkata...

tangkapp ajer..terang dan bersuloh...penguasa semua x berguna...Tak takut hukum ALLAH kerana wang