Rabu, 4 Januari 2017

KES NAJIB REMBAT 42 JUTA RINGGIT






KES NAJIB

REMBAT DUIT

PEGAWAI JUJUR

LETAK JAWATAN

Saya bersara kerana kecewa, kata pengarah operasi khas SPRM

 | January 3, 2017
Bekas pegawai tinggi SPRM berasa kecewa dan berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal membawa kes SRC ke mahkamah.





PETALING JAYA: Pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah.
Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK)  Bahri Mohamad Zain, 57, yang bersara pada Jumaat lepas berkata beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.
“Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah,” katanya kepada FMT, hari ini.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.
Beliau memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Najib.
Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui 2 syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Peguam Negara  Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan.
Menurut Bahri, beliau mendapati SRC yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyeleweng wang rakyat secara terang-terangan.
“Begitu banyak wang rakyat diselewengkan secara terang-terangan. Saya tidak layak berkhidmat di bawah undang-undang sarang labah-labah,” katanya.
SRC ditubuhkan pada awal 2011 untuk meneroka pelaburan strategik di seberang laut dalam sumber tenaga.
Ia kemudian diambil alih Kementerian Kewangan berikutan program penstrukturan semula 1MDB.

MASIH ADA

PEGAWAI JUJUR

MASIH ADA

PEGAWAI NAK

DAKWA NAJIB

MASIH RAMAI

TAK PUAS HATI

DENGAN DUA

EKOR PENYAMUN

ROSMAH NAJIB



---------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tun Dr M patut bawa Datuk Bahri jelajah seluruh malaysia dan ceritakan kpd org2 melayu, terutama penyokong totok umno, ttg penyelewangan 1MDB sebelum PRU akan dtg. PH tlg sediakan infrastrukturnya.

Tanpa Nama berkata...

RP*Ki dah mula menyerang peribadi Datuk Bahri. Harap semua dah faham skrg. Sesiapa yg diserang oleh RP*Ki berada dipihak yg BENAR dan segala yg mrk kata adalah BENAR belaka. Simple!

Tanpa Nama berkata...

Bile la pink minister nak tecekek petik derian...