Memahami Kesusahan Pekerja
Dengan Kaji Semula
Dasar Tanaga Kerja Negara
Pulau Pinang – Najib baru-baru ini telah memberi 4.2 juta TV decoder secara percuma kepada keluarga-keluarga yang menerima bantuan BR1M. Selepas itu, dalam program yang lain, beliau menyifatkan bahawa kerja sebagai Perdana Menteri adalah sejenis pekerjaan yang paling menekan di dunia. Tambahan beliau bahawa sudah lama beliau tiada berpeluang untuk tidur selama 7 jam sehari. Kenyataan beliau telah menimbulkan perbincangan orang ramai tentang kehidupan sebenar seorang pekerja.
Sebenarnya, kenyataan Najib berkenaan dengan TV decoder dan masa tidur kurang daripada 7 jam telah mencerminkan bahawa pemimpin kerajaan yang telah hilang sentuhan dengan rakyat. Mereka langsung tidak faham tentang kesusahan dan kepahitan pekerja.
Kini, ramai pekerja perlu bekerja sampingan untuk mencari rezeki membiayai kos sara hidup untuk keluarga. Justeru, mereka bekerja dalam masa yang panjang sehingga tiada masa untuk menonton program kehiburan TV, malahan tidak berani berharap untuk tidur sepanjang 7 jam sehari.
ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon mempersoalkan Najibi ,”Tahukah kerajaan bahawa beban rakyat telah bertambah berat selepas kerajaan melaksanakan cukai GST 6%, penurunan nilai ringgit Malaysia dan kadar inflasi yang tinggi?”
“Mengapakah kerajaan tidak berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup pekerja dengan menghapuskan GST dan menghadkan masa kerja? Sebaliknya, kerajaan memberi TV decoder kepada keluarga penerima BR1M yang kebanyakkannya keluarga berpendapatan rendah, bukankah ini merupakan anestesia kepada rakyat yang hidup susah menderita sekarang?”
Konsep keseimbangan kerja dan kehidupan senang dicakap tapi susah dicapai tanpa dasar tenaga kerja yang melindungi para pekerja. Kini, keadaan pekerja yang semakin buruk dan gaji rendah. Ramai pekerja tiada pilihan tapi hanya bekerja dengan masa lebih panjang supaya dapat menyara keluarganya.
Cerita kepahitan pekerja sering berulang kerana waktu kerja semakin panjang dan semakin ramai pekerja bekerja dalam persekitaran kerja yang berisiko tinggi. Fenomena ini semakin serius sehingga terdapat kes kematian pekerja Malaysia yang mati di kastam dalam penjalanannya ke tempat bekerja di Singapura. Segala-gala ini sudah mencukupi untuk menarik perhatian kita semua terhadap masalah kerja terlalu lama dan letih.
Oleh itu, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon berpendapat bahawa kerajaan patut pandang berat tentang masalah masa kerja terlalu panjang, terutamanya mereka yang bekerja masa panjang dan miskin. Kerajaan harus mengubah dasar tenaga kerja serta memperbaiki sistem perkerjaan dan membina semula perlindungan untuk para pekerja seperti mengubal dasar tenaga kerja yang sediada termasuk meningkatkan gaji minima, menghadkan masa bekerja, menyediakan skin insurans pengangguran dan sebagainya. Langkah-langkah tersebut akan memastikan bahawa kelas pekerja boleh hidup dengan bermaruah, bebas daripada risiko keletihan akibat masa kerja terlalu panjang dan sekaligus meningkatkan kualiti hidup dan indeks kebahagiaan rakyat.
Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola
Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang
---------------------
3 ulasan:
Wahai Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola
Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang ToLong masuK kan surah bangLar desK n rohingya samaaa, mereka Datang sini memenuhi peLuang2 kerja Atau merampas peLuang2 kerja atau Datang bukaK biar jeLas kenapa BanyaK sangat bangLar desK ni.. ..
Gambar dua orang kat atas tu... macam ada iras-iras....kebetulan atau memang ada pertalian?
tak payah klentong!
kaji semula=LEMBAGA BARU=gaji besar
kaji "kiri"=FULUS
kaji "kanan"FULUS
lepas tu....semua TAK JADI....
alasan SONGLAP FULUS aje..............
Catat Ulasan