Sabtu, 8 September 2018

PERUBAHAN STRUKTURAL






PERUBAHAN 

STRUKRUTAL

Sokong sambil kritik, Hishamuddin Rais mahu 'Bersihkan Malaysia'

SETELAH lebih 20 tahun di kem pembangkang, aktivis politik Hishamuddin Rais kini berubah menjadi penyokong kerajaan dan akan bergiat melalui satu NGO baharu, Bersihkan Malaysia.

Namun pada masa sama, beliau akan tetap menjalankan tanggungjawab mengkritik dasar kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) melalui NGO itu, katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu wawancara.

“Saya ada berniat mengumpulkan beberapa kawan untuk menubuhkan NGO yang dipanggil Bersihkan Malaysia. Ini cita-cita untuk memberikan sokongan dan kritikan untuk kerajaan baru ini.

“Jadi kami menyokong kerajaan baharu ini pada masa sama kami juga mengkritik. Jadi ini perlu dilakukan sebagai tanggungjawab kami,” kata pengasas kelompok gerakan anak muda Kelab Bangsar Utama itu.

Penulis blog popular Tukar Tiub itu berkata beliau mahu memastikan ruang demokrasi terjamin, selain memastikan PH kekal menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi amaran, sokongan pengundi parti kerajaan itu akan terjejas sekiranya ruang demokrasi dihalang sehingga boleh menyebabkan PH menempa nasib sama seperti Umno.

“Ini hakikat tapi harus waspada harus sedar bahawa ruang demokrasi ini wajib dipertahankan kerana bila-bila masa saja, ia akan berkubur.

“Ruang demokrasi ini yang kita menangi 9 Mei dulu kalau kita tidak jaga, kembangkan, perkasakan berkemungkinan ia tergelincir hilang,” katanya.

Hishamuddin merupakan salah seorang penentang utama pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, namun sanggup bekerjasama dengan bekas perdana menteri yang mengetuai gabungan pembangkang itu dalam PRU14.

Hasilnya, PH berjaya menghumbankan Umno serta Barisan Nasional dan berjaya membentuk kerajaan.

Mengulas perkara itu, Hishamuddin berkata beliau menyokong Dr Mahathir demi perubahan.

Namun kerajaan ini perlu terus dipantau kerana dibimbangi akan mengkhianati perjuangan, tegasnya.

“Saya menyokong 100% PH, saya menyokong 100% kepimpinan daripada empat parti politik ini. Saya tidak ada masalah. Saya dari dulu lagi (mementingkan perubahan) struktural.

“Lembaga daulah ini kalau telah kita perkukuhkan kita selamat, kerana orang (politik) ini walaupun bercakap macam-macam, mengucap dua kalimah syahadah tak henti-henti tapi tidak semestinya mereka tidak belot.

“Tidak semestinya mereka jujur. Itu fasa politik,” kata bekas tahanan ISA yang meringkuk di Kamunting semasa pentadbiran Dr Mahathir kali pertama dulu.


Hishamuddin berkata perubahan struktural terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dilaksanakan segera untuk memastikan demokrasi terjamin.

Malah, akta yang menindas seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 juga perlu dihapuskan segera tanpa perlu dikaji lagi, katanya.

“Apa lagi mahu dikaji akta AUKU? Saya ada terlihat kenyataan (aktivis mahasiswa) Adam Adli. Ini harus diubah,” katanya.

Beberapa hari lepas, Adam yang pernah digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana aktiviti pelajar dalam politik bertanya sampai bila kerajaan PH hendak mengkaji semula AUKU yang sudah dibahaskan sejak 1970-an.

Minggu lalu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan di Parlimen bahawa AUKU akan dimansuhkan dan diganti dengan undang-undang baharu.

Katanya, kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 15 dan 16 AUKU bagi memberi kebebasan bersuara kepada mahasiswa dan seterusnya memansuhkan akta itu untuk diganti dengan undang-undang lain. – 8 September, 2018.














------------------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rapiziii sbnrnya mahu pkr bergabungghhh dgn umno. Pecah.lobang sudahhh picahhhh.woooooo

Tanpa Nama berkata...

Pecahhh! Kantoiiii! Rafuzi mauuu nuar yg ciomm tgn raja2 linggam jd piyem sbb akan brgahbong dgn yamno weyyyyyyy!!lobang sudah picahhh

panglimo potaseh berkata...

Dulu Dollah El-Tiduree.. pernah ckp pasal Pembangunan KORIDOR.. orang kampong hapah pon tak paham.. mereka ingat Dolah nak tidor. Sekarang TT nak cerita pasal STRUKTURAL.. orang kampong den tanyo samo den, struktural tu kopalo bijik apo. Ikut cara Chedet.. dia tak cakap Kleptokrasi pada Najib tapi cakap Najib bapak penyamun ..sonang paham?

Tokli berkata...

Alahhh bro TT. lu jangan banyak sembang no, wa tahu lu punya darah daging sudah sebati dengan pembangkang, so bila lu sudah menang lu dah buntu ide nak buat apa dan tak pandai nak menyokong kerajaan, kalau nak bagi kursus macam mana nak jatuhkan kerajaan lu memang champion tapi nak bodek kerajaan lu hancus, wa cakap sama lu sama juga wa cakap sama wa sendiri, tak best jadi penyokong kerajaan..
Kah kah kah alasan lu untuk tubuh NGO Bersihkan Malaysia wa lulus lah..tak pergi pergi ngadap Tun atau abang Nuar..
Kah kah kah

DIDI KOTA BELUD berkata...

Tepi. .tepi.. .ghostbuster nak lalu... Kakakkakaakkaa... Jgn lupo kasi makan casper... Kang susah nak buat kerja.... Hehhehehe

Tanpa Nama berkata...

gugurkan petuduhan apa lagi .. TT nak gugurkan pertuduhan najib klepet ke ?

Nazrio berkata...

Bubuh harfiah (aL) Laaaaa biar isLamik sikit serta Arabica (program isLamik aL-strukturaL maLaysia baru bersaLut patok Syariat Dan perpaduang isLang

Unknown berkata...

Jangan sokong bawa rebah pulak... atau ada niat nak jadi senator...takut nanti nawaitu jadi melencong...PRO + KONTRA ni bulih buat otak jadi kacau...!