GUA TULIS
LU TUDUH GUA
MAKAN DEDAK
INI POLIS
YANG LAPOR
Pemimpin kanan PKR dipercayai dalang rakaman seks, kata polis
PEGAWAI parti dalam PKR sendiri dipercayai dalang di belakang rakaman seks dalam satu komplot mahu menjatuhkan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali yang juga menteri hal ehwal ekonomi, kata sumber polis.
Polis juga percaya konspirasi itu melibatkan pimpinan atasan PKR kerana individu yang disyaki dalang itu memegang jawatan kanan parti di sebuah negeri dan turut bekerja dengan seorang pemimpin kanan parti.
Individu itu bersama dua yang lain ditahan oleh polis di Johor malam tadi, menjadikan sembilan orang kesemuanya yang sudah ditangkap untuk membantu siasatan setakat ini.
Pada Ahad, polis menahan enam individu termasuk Haziq Abdullah Abdul Aziz, bekas ketua Pemuda PKR Santubong yang mengaku beliau adalah lelaki dalam rakaman seks itu dan mendakwa berhubungan intim dengan Azmin.
“Di belakang dalang ini ialah seseorang dalam parti. Kita percaya motifnya ialah untuk cuba menjatuhkan menteri,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Ini kali kedua Haziq ditahan selepas tidur semalam di lokap polis sebulan yang lalu. Beliau ditangkap polis pada 15 Jun lepas ketika cuba berlepas ke luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Seorang lagi sumber memberitahu semua petunjuk dalam kes ini mengaitkan penglibatan ahli sebuah parti politik, yang enggan beliau namakan.
“Ahli bawah parti itu tidak akan buat gerakan macam ini. Jelas, ada seseorang di belakang mereka.
“Bukan susah hendak faham semua ini. Ini semua politik semata-mata,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum tahun lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melantik Azmin sebagai menteri hal ehwal ekonomi, sebuah portfolio kanan yang baharu.
Kementerian itu mengambil fungsi utama beberapa kementerian lain sebelum ini, termasuk menjaga Felda, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan agenda usahawan Bumiputera.
Beberapa bulan selepas dilantik menteri, semasa pemilihan parti tahun lalu, Azmin gagal dicabar oleh Rafizi Ramli dan kekal sebagai timbalan presiden, jawatan yang disandangnya sejak 2010.
Persaingan untuk jawatan Nombor 2 dalam parti itu menyebabkan perpecahan dalam PKR dengan penyokong kedua-dua calon saling bertelagah dan tuduh menuduh, dan dalam beberapa kejadian hampir mencetuskan pergaduhan.
Sumber polis memberitahu siasatan berkenaan bahagian pertama siasatan melibatkan Seksyen 292A Kanun Keseksaan iaitu bagi jenayah mengedar bahan lucah.
“Apabila rakaman seks itu disahkan ketulenannya dan mereka yang terlibat dikenal pasti, kita akan cari mereka yang tampil dalam rakaman itu untuk jenayah seks di luar tabii,” tambah sumber.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed semalam berkata polis sudah menerima laporan daripada CyberSecurity Malaysia mengenai kesahihan rakaman seks itu.
Bagaimanapun Huzir berkata dapatan itu tidak akan didedahkan kepada umum buat masa ini kerana pihak polis menunggu arahan selanjutnya dari Pejabat Peguam Negara.
Semalam juga, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata rakyat perlu tahu kesahihan rakaman seks berkenaan dan siapa yang menyebarkannya.
“Rakyat biar tahu kedua-duanya,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, semalam.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador semalam tidak menolak kemungkinan ada konspirasi di sebalik rakaman seks itu dan mereka yang ditahan setakat ini menerima arahan daripada pihak individu berpengaruh.
“Ya, mungkin. Kita juga melihat dari sudut itu,” katanya.
Hamid sebelum itu berkata ada kemungkinan konspirasi itu melibatkan ahli politik dan pemimpin masyarakat.
Hampir lima minggu lalu, beberapa klip rakaman dua lelaki melakukan hubungan intim disebarkan oleh individu tidak dikenali melalui beberapa kumpulan sembang di WhatsApp.
Haziq kemudian membuat pengakuan beliau salah seorang lelaki dalam rakaman itu dan mendakwa Azmin adalah pasangannya.
Azmin menafikan tuduhan dan menyifatkannya sebagai serangan berniat jahat mahu menjahanamkan masa depan politiknya.
Pada 3 Julai lalu, Haziq dipecat dari PKR serta merta kerana melanggar kod etika sebagai anggota parti.
Dalam pengakuannya, sehari selepas tersebar rakaman seks dua lelaki, Haziq turut menggesa agensi anti rasuah menyiasat Azmin yang didakwanya tidak layak menjadi pemimpin kerana korup.
Tuduhan itu juga dinafikan Azmin.
Haziq sebelum ini dipecat dari jawatan setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang juga ketua penerangan PKR. – 17 Julai, 2019.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
LU MAU CAKAP
APA LAGI
KAH KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan