Rabu, 4 September 2019

JANGAN PERCAYA





JANGAN 

PERCAYA

SEMUA FITNAH


Farhash dikehendaki polis, bantu siasatan kes serang jurulatih tinju



SETIAUSAHA politik Presiden PKR Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dikehendaki polis berhubung kes rusuhan bersenjata di Ampang pada 31 Ogos.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Farhash dan 10 individu didakwa menyerang seorang jurulatih tinju di luar Kompleks D’Star Arena pada malam sambutan Hari Kebangsaan, Sabtu lalu.

Pada kira-kira pukul 9 malam 31 Ogos, berlaku pergaduhan melibatkan 12 hingga 14 lelaki di Kompleks D’Star Arena, Taman Dagang Permai di Ampang. Pergaduhan tercetus apabila suspek datang ke kompleks itu dan menyerang mangsa (jurulatih tinju) di bahagian muka, kata polis.

Kedua-dua lelaki berkenaan kemudiannya diminta beredar oleh pengurus kompleks.

“Mangsa telah pergi ke tempat letak motosikal di luar kompleks sukan tersebut dan seterusnya sekumpulan 10 orang lelaki telah datang menyerang. 

“Mangsa diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi.

“Ketika itu terdapat tiga rakan mangsa cuba menghalang insiden daripada namun gagal. Mangsa mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan ,” menurut kenyataan polis.

Farhash kini dikehendaki untuk membantu siasatan.

Farhash yang juga pengerusi PKR Perak pada Julai ditahan reman bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz dan tujuh individu lain bagi membantu siasatan terhadap video seks membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Beliau dibebaskan pada 23 Julai selepas ditahan reman lapan hari. – 3 September, 2019.


MUSTAHIL

SETPOL ANWAR

BERKELAKUAN

SADEMIKIAN

INI FITNAH
AWAS BAHAYA

---------

1 ulasan:

hamim berkata...

TT, apa makna Anuar tunjuk tangan kat Salvador macam tu, agak agak betul tak Nuar cakap macam ni * ingat! Nanti lunyai ..... kamu aku kerjakan nanti *