Khamis, 5 September 2019

KES CHINA TIPU MELAYU








JELAS

KES CINA

TIPU

MELAYU

Pegawai Najib buka akaun bank atas arahan Jho Low

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pegawai khas kanan Najib Razak diarahkan oleh Low Taek Jho untuk membuka beberapa akaun bank di luar negara atas nama mereka sebelum pilihan raya umum 2013.

Bekas pegawai khas Amhari Effendi Nazaruddin berkata beliau dan setiausaha sulit kanan Najib, Azlin Alias diarahkan berbuat demikian pada 2012.

Ahmari memberitahu mahkamah bahawa Low – atau lebih dikenali sebagai Jho Low – berkata perkara itu mendapat “restu” Najib dan akaun-akaun itu hanya “jika diperlukan dan sebagai persediaan”.

Sepanjang tempoh itu, sudah ada khabar angin tentang masalah di 1MDB.

“Kami takut kerana ada kemungkinan akaun ini akan menjadi akaun untuk pengubahan wang haram, bagi tujuan memegang duit politik untuk Datuk Seri Najib bertanding pada PRU13,” kata Amhari.

Low bagaimanapun meyakinkan mereka tidak akan ada masalah dan “bos akan jaga semua”, kata saksi itu, merujuk kepada Najib.

Selepas diyakinkan oleh Low yang perkara itu “bersih”, kata saksi dan berkata beliau diarahkan oleh Azlin untuk ikut arahan atau berdepan risiko hilang kerja.

“Saya ikut nasihat Datuk Azlin kerana beliau bos saya dan tahu tentang perkara ini,” kata Amhari.

Low menguruskan perjalanan ke Singapura, di mana mereka bertemu Yvonne, wakil dari bank BSI.

Amhari berkata beliau dan Azlin menyerahkan dokumen identiti mereka.

“Saya hanya buat apa Datuk Azlin kata. Kami dimanipulasikan oleh Jho Low, dengan bantuan Yvonne dan pegawai BSI lain, di mana nama mereka saya sudah tidak ingat,” katanya.

Permohonan Amhari ditolak sementara Azlin diluluskan.

“Saya rasa lega. Tetapi pada satu lagi mesyuarat, Jho Low berkata akaun BSI saya tidak berjaya dibuka,” kata saksi.

Amhari berkata beliau dinasihatkan oleh Azlin untuk tidak menggunakan duit itu kerana ia milik mereka.

“Datuk Azlin beritahu saya untuk ikut arahan (daripada Low) dan ikut saja,” katanya.

Setahun selepas Azlin meninggal dunia dalam nahas helikopter pada 2015, Ahmari berkata beliau dihubungi oleh pegawai BSI yang memberitahunya ada AS$800,000 dalam akaunnya.

“Selepas saya dimaklumkan, saya terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang wang itu.”

Amhari berkata pegawai BSI itu kemudian berkata akaun itu akan ditutup dan wang itu dipindahkan ke akaun lain.

“Saya merujuk perkara itu kepada Jho Low,” kata saksi. – 4 September, 2019.


MASIH

ADAKAH

MELAYU

TAK 

SEDAR
---------

Tiada ulasan: