Jumaat, 28 Februari 2020

PANDANGAN BETUL





PANDANGAN

BETUL

MANDAT BELUM

HABIS

TU PASAL JANGAN

BERATIP

TAPI BUAT 

PERUBAHAN

STRUKTURAL 

Aktivis, kumpulan masyarakat sivil tolak pilihan raya mengejut


PEMBAHARUAN institusi akan terhenti, ahli politik korup akan kembali berkuasa, dan yang paling menakutkan kemungkinan ahli politik yang berdepan pelbagai dakwaan jenayah akan terlepas.

Ini antara kebimbangan kumpulan masyarakat sivil dan aktivis terhadap kemungkinan pilihan raya akan diadakan jika Dewan Rakyat gagal menentukan ahli Parlimen mana yang mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.

Mereka juga menggesa supaya mandat diberi semula kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menang dalam pilihan raya umum pada 9 Mei 2018.

Pengasas Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia Gabriel memberitahu The Malaysian Insight, menakutkan apabila membayangkan “ahli politik korup” mungkin akan kembali berkuasa.

“Menakutkan bila dibayangkan,” katanya.

Cynthia juga bimbang dakwaan yang dikenakan ke atas ahli politik pembangkang akan digugurkan apabila kerajaan lama kembali memerintah.

“Saya sangat risau jika ini berlaku kerana inilah agenda mereka selama ini,” katanya.

Tambah beliau, mandat harus diberi semula kepada PH untuk menghabiskan penggal mereka, supaya pembaharuan yang diusahakan oleh kerajaan berusia 22 bulan itu dapat diteruskan.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Dr Muhammad Mohan berkata antara yang menjadi persoalan apakah janji-janji dalam manifesto akan dipenuhi.

Janji-janji tersebut hanya akan terlaksana jika PH kembali memerintah.

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 akan dibentangkan jika kerajaan baharu dibentuk.

Cynthia dan Muhammad mengulas mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan jika Dewan Rakyat gagal menentukan siapa perdana menteri pada Isnin depan.

Dr Mahathir semalam mengumumkan sidang Dewan Rakyat pada Isnin akan menentukan siapa yang mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong yang menemuduga ahli Parlimen tidak dapat memastikan siapa yang ada majoriti 222 ahli Dewan Rakyat untuk mengetuai kerajaan.

“Jadi Parlimen akan bersidang pada 2 haribulan depan… siapa yang ada sokongan majoriti di Parlimen akan jadi perdana menteri.

“Bagaimanapun kalau Dewan Rakyat gagal mendapatkan orang yang ada majoriti, kita perlu adakan pilihan raya,” katanya. – 28 Februari, 2020.


BERATIP

NAK GANTI PM

NAK JADI PM

MEMBAWA 

BAHAYA

POLITIKUS

WAJIB SEDAR

BILA

 STRUKTURAL

DAH DIBENTUK

WARGA TERJAMIN



-------------

Tiada ulasan: