Isnin, 22 Jun 2020

PEMIMPIN ISLAM DIHINA




CISSS

DURHAKA KAU

ABANG JO

BERANI KAU

HINA 

PEMIMPIN ISLAM


Ketua Menteri Sarawak enggan jumpa Anwar di Kuching, kata sumber

KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg dilapor memalukan Anwar Ibrahim apabila presiden PKR itu berada di Kuching pada Selasa dengan harapan mendapatkan sokongan untuk menjadi perdana menteri kesembilan, kata sumber.

Sumber-sumber dari kerajaan pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan PKR Sarawak memberitahu The Malaysian Insight bahawa Anwar tiba di Kuching menerusi satu penerbangan disewa untuk bertemu Abang Johari.

Tetapi mereka mendakwa Abang Johari enggan bertemu Anwar.

Tidak pasti sebab Abang Johari enggan berjumpa Anwar tetapi satu sumber PKR berkata ia mempunyai kaitan dengan pendirian GPS.

“Kenapa Anwar sanggup datang, itu saya tidak pasti. Kita semua tahu apa syarat GPS (jika mahu bersekutu) dan tidak mungkin Anwar akan mendapat sokongan mereka.

“GPS mempunyai dua syarat yang tidak boleh dibincang iaitu tiada DAP dan bukan Anwar sebagai perdana menteri.

“Adakah ini usaha terakhir? Mungkin,” kata sumber itu.

Abang Johari sebelum ini pernah berkata bahawa GPS tidak akan menyokong kerajaan persekutuan jika DAP sebahagian daripadanya.

“Kami tidak boleh bekerja dengan DAP,” katanya.

GPS juga tidak percaya kepada DAP yang mahu membuang mereka dari berkuasa pada pilihan raya negeri.

Bagaimanapun Abang Johari tidak pernah membuat kenyataan terbuka bagi menjelaskan sebab GPS tidak menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Kunjungan Anwar ke Kuching disusuli dengan dakwaan pemimpin DAP dan Amanah bahawa beliau gagal mendapatkan sokongan GPS untuk menjadi perdana menteri.

Jika Anwar berjaya mendapat sokongan GPS, Anwar yang sudah mendapat 96 sokongan ahli Parlimen, akan mendapat tambahan 17 sokongan ahli Parlimen dari negeri Borneo itu.

Ini akan menjamin kedudukan beliau untuk menjadi perdana menteri.

Jumlah minimum kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan Persekutuan adalah 112 daripada 222 kerusi Parlimen.

GPS dibentuk dengan gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), the Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demoktratik Progresif (PDP).

Sumber berkata lawatan Anwar itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan parti kerana tiada pemimpin PKR dimaklumkan tentang perkara itu.

“Saya fikir Larry juga tidak tahu,” kata sumber itu merujuk kepada Pengerusi PKR Sarawak yang baharu, Larry Sng.

Ketua Penerangan PKR Sarawak Abun Sui juga tidak mengetahui tentang kunjungan Anwar.

Malah Timbalan Ketua Menteri James Masing yang juga Presiden PRS berkata beliau tidak mengetahui tentang kunjungan itu.

Kunjungan Anwar untuk melobi Abang Johari berlaku ketika Pakatan Harapan bersedia untuk mendapatkan semula kuasa sama ada menerusi pilihan raya awal atau perubahan kerusi Parlimen.

PKR ketika ini bertelagah dengan sekutunya dalam Pakatan, DAP dan Amanah yang mahu Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri bagi berdepan Perikatan Nasional dalam pilihan raya.

PKR bagaimanapun menolak sebarang usul menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Namun parti itu terbuka untuk berbincang dengan semua parti termasuk Dr Mahathir bagi menyelamatkan negara. – 21 Jun, 2020.



 KAH KAH KAH

ANWAR GI

SENYAP SENYAP

PENTASKAN

SANDIWARA

UNTUK TIPU

MAT SABU 

LIM GUANG ENG

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

YB NIK NAZMI

YB CHAN LI KANG

WAJIB PERGI

KE KUCHING

HAJAR CARA

BUDI BAHASA

PADA 

MAT DAYAK

KAH KAH KAH

BAGI TAU

MAT DAYAK

AMERIKA 

YANG KAPIR PUN

SAMBUT HEBAT

PEMIMPIN ISLAM

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Ketua Pengarang berkata...

pemimpin islam
selalu jadi imam
selalu baca kutubah
tapi menipu.

buat malu islam. jangan marahkan islam.. marah kan org islam yg tunggang agama macam abam