Ahad, 30 Ogos 2020

BENCANA KOBID MAKIN MENDALAM







BUKAN HANYA

BAWA VIRUS 

KOBID MENIKAM

MUSNAH

EKONOMI NEGARA

Hotel bajet dan sederhana bakal buang lagi pekerja

HOTEL bajet dan sederhana mungkin menyaksikan sekali lagi proses pengurangan pekerja pada Oktober, walaupun sudang memberhentikan sekitar 20% pekerja hotel, kata pengusaha perhotelan.

Banyak hotel bajet dan sederhana, terutama di kawasan bandar, tiada pendapatan walaupun pelancongan domestik dibenarkan dibuka semula sejak 10 Jun lalu di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Emmy Suraya Hussein memberitahu The Malaysian Insight, sekitar 20% kakitangan diberhentikan di seluruh industri ini pada Mac, dan satu lagi pusingan dijangka pada September atau Oktober.

“Buat masa ini, industri perhotelan masih menerima bantuan daripada kerajaan, namun situasi dijangka akan bertambah buruk selepas September.

“Dari segi penutupan, kira-kira 18% perniagaan hotel di seluruh negara ditutup,” kata Emmy mewakili 2,350 hotel yang menganggotai persatuannya di seluruh negara.

Di Selangor, kira-kira 70% daripada 800 hotel perniagaan di negeri ini masih ditutup, kata Pengerusi MyBHA Selangor, Ng Hong Keat.

Sebilangan besar mereka mengalami masalah kerana keengganan pemilik premis untuk menurunkan sewa.

Ditambah dengan masalah aliran tunai, tidak mampu membayar bil dan kadar pengunjung yang makin buruk, bakal menjadi faktor satu lagi gelombang pengurangan pekerja di sektor ini pada akhir 2020, kerana tempoh moratorium pinjaman telah tamat, dan ini tidak mengejutkan, kata Ng.

Moratorium pinjaman tidak dapat menampung kehilangan pendapatan kerana tempahan inap adalah rendah, katanya lagi.

“Sebagai contoh, hanya sekitar 15 bilik yang dihuni pada Jumaat dan Sabtu, sementara kadar inap pada hari bekerja sangat buruk.

“Kira-kira 40% perniagaan hotel menghadapi masalah aliran tunai, dan hotel bajet dan sederhana tidak memenuhi syarat untuk menikmati potongan 15% daripada bil elektrik Tenaga Nasional. Banyak permohonan pemotongan ditolak.

“Saya harap kerajaan Selangor dapat mencontohi Johor dan mengecualikan kita daripada membayar kadar penilaian dan yuran pembaharuan lesen buat masa ini,” tambah Ng.

Di Melaka, pemilik Hotel Visma Goh Hock Gin berkata hotel bandar atau kawasan bandar tidak menerima ramai pelancong kerana penduduk tempatan yang melakukan perjalanan sekarang lebih memilih destinasi pulau dan tempat yang lebih dekat dengan alam semula jadi.

“Kadar inap pada Jumaat adalah sekitar 30%, dan 40% untuk Sabtu dan Ahad. Kadarnya hanya akan meningkat hingga 60% atau 70% jika ada hujung minggu yang panjang,” kata Goh, yang sebelum ini merupakan ketua MyBHA Melaka.

Sebanyak 405 hotel kecil dan sederhana di Melaka memberhentikan sekitar 30% kakitangan semasa PKP, tambahnya.

Hotel di sini juga menanggung beban bukan hanya kerana kekurangan pelancong tempatan, bahkan juga ketiadaan pengunjung dari Singapura, yang merupakan sasaran pasaran utama mereka.

Pada masa ini, Malaysia dan Singapura membenarkan perjalanan lintas sempadan hanya untuk perniagaan dan pekerjaan rasmi.

“Warga Singapura sumbang 50% pendapatan perniagaan, diikuti pelancong China dan Vietnam. Pelancong domestik hanya merangkumi 20% pendapatan perniagaan,” kata Goh. – 30 Ogos, 2020.

PASCA KOBID

KURANGKAN

POLITIK GADUH

TUMPU BAIKI

EKONOMI

BAIKI

KEHIDUPAN

 RAKYAT BIASA

AMIN

Tiada ulasan: