Isnin, 21 September 2020

ADA FULUS SEMUA LULUS



SEMUA BOLEH


KAUTIM


KAH KAH KAH


INI SABAH BAA


ADA FULUS


SEMUA LULUS


KAH KAH KAH





PBS tidak akan tarik calon bertembung di Sabah, kata Pairin

PARTI Bersatu Sabah (PBS) tidak akan menarik calonnya yang bertembung dengan calon Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sabah yang sedang berjalan sekarang, kata penasihatnya Joseph Pairin Kitingan.

Pairin membuat kenyataan itu selepas Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin berkata pihaknya sudah mencapai kata sepakat dengan PBS untuk mengelak pertembungan sesama mereka di 17 kerusi. 

“Tiada kemungkinan untuk keluar daripada pertandingan. Tiada kemungkinan itu sebab calon kita (sudah diterima Suruhanjaya Pilihan Raya), sudah pegang simbol (parti) kita.

“Kalau kita tidak mahu bertanding, sebelum pencalonan kita sudah lakukannya (dengan tidak menghantar calon),” katanya, seperti dipetik oleh Malaysiakini di Kiulu.

Pairin, yang juga pengasas PBS, berkata partinya tidak kisah kalau parti-parti lain tidak mahu bekerjasama dengan pihaknya.

Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai sebelum ini dilapor berkata parti itu menjalin kerjasama dengan PN dan BN sebagai rakan kongsi setara dengan matlamat yang sama iaitu mengalahkan Parti Warisan Sabah dan sekutunya (Warisan Plus).

Awal hari ini, Hamzah dipetik oleh Utusan Malaysia membayangkan beberapa parti sudah bersetuju untuk menarik balik calonnya menjelang hari pengundian pada Sabtu ini, dan pengumuman mengenainya dijangka esok.

“InsyaAllah, perkara ini akan dapat diselesaikan sebelum 26 haribulan. Kalau boleh secepat mungkin, Selasa sudah selesai kita umumkan dan semua akan bersama,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Dalam pilihan raya negeri Sabah, PN dibentuk bersama oleh Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP), sementara BN terdiri daripada Umno, PBRS, dan MCA. 

PBS bersekutu dengan kedua-dua gabungan itu dan bertanding dengan logonya sendiri, yang kali terakhir dipakai dalam pilihan raya pada 1999.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang juga perdana menteri pada hari penamaan calon pada 12 September lalu mengumumkan tiga parti itu – PN, BN, dan PBS – bekerjasama dalam pilihan raya negeri ini atas nama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tiga parti itu bagaimanapun bertembung antara satu sama lain di 17 daripada 73 kerusi, dengan 16 daripadanya melibatkan PBS.

Satu lagi kerusi yang bertembung melibatkan PBSR dari BN dan Star yang bersama PN.

PBS yang ditubuhkan beberapa bulan sebelum pilihan raya negeri 1985 menumbangkan kerajaan Berjaya, yang juga komponen BN, yang ketika itu dipimpin oleh Harris Salleh.

Ia kemudian menang tiga lagi pilihan raya negeri – pada 1986, 1990, dan 1994, biarpun berdepan tekanan kuat daripada BN.

PBS bagaimanapun tumbang dua minggu selepas pilihan raya 1994 apabila 20 wakil rakyatnya keluar parti untuk menyertai BN atau membentuk beberapa parti lain. – 21 September, 2020.


 GADUH LAWAN


LAGI KERAS


LAGI NAIK


HARGA BAA


KAH KAH KAH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

44

panglimo potaseh berkata...

Sabah apa saja yg TAK DE ..semua ada ..balak, petroleum, sawit, tanah ..pelanchongang, ikang, hiburang ..tapi mana ilang hasilnye ..Urang Sabah tatap paling PAPA KEDANA. Gwa teringat kata Prof.Bajoyai ..katanye FINLAND punye hasil sama macam kita ..hasil dari pengurusan yg AMANAH, semua ISIRUMAH Finland adalah JUTAWANG. Lu tak caya lu boleh tanya Inchik Bajoyai ..