Sabtu, 17 Oktober 2020

MALAYSIA DISERANG VIRUS GILA

 

SEKALI  LAGI 

VIRUS GILA NAK JADI PM SEDANG  MENYERANG MALAYSIA 

AMIN

8 BULAN DULU 

PAKATAN HARAPAN 

JATUH DISERANG VIRUS

SEKARANG VIRUS SAMA

SEDANG MENYERANG

SEKALI LAGI

AMIN


Muafakat Nasional mesyuarat Isnin ini, kata sumber

KEPIMPINAN tertinggi Muafakat Nasional (MN) termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan bertemu pada Isnin untuk menyelesaikan perselisihan antara tiga parti Melayu dalam usaha menyelesaikan kebuntuan politik yang sedang berlaku, kata sumber.

Mesyuarat itu akan menjadi pertemuan rasmi pertama selepas biro politik Umno mengancam menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya beberapa tuntutan tertentu tidak dipenuhi.

Antara tuntutannya termasuk menamakan ahli Parlimen Umno sebagai timbalan perdana menteri dan merombak Kabinet untuk membolehkan Umno mendapat jawatan yang lebih mesra akar umbi.

“Akan ada pertemuan untuk menyelesaikan perselisihan antara tiga parti,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Mesyuarat itu juga akan termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Sekretariat MN Annuar Musa daripada Umno dan Takiyuddin Hassan daripada PAS.

Hadi, yang merupakan ahli Parlimen Marang menulis di Twitter pada Jumaat, mendesak ahli politik berdamai ketika wabak Covid-19 melanda negara.

“Hentikan krisis politik dan polemik yang merugikan umat. Turun ke padang dunia, buktikan bahawa Islam boleh menjadi petunjuk dan penyelamat kepada semua manusia,” katanya.

Annuar yang merupakan menteri Wilayah Persekutuan menulis pada Jumaat beliau gembira rundingan antara Umno dan Bersatu yang sedang berjalan dan berharap masalah dapat diselesaikan pada Isnin.

“Saya gembira mendapat tahu wakil umno dan Bersatu sudah pun memulakan rundingan. Begitu juga dengan PAS. Insya-Allah Isnin ini MN bermesyuarat,” katanya.

Annuar, dan sebuah kereta dari Istana Negara, dilihat berada di rumah Muhyiddin pada petang Khamis tetapi ahli Parlimen Ketereh itu enggan mengulas mengenainya ketika ditanya.

Ini berlaku sehari selepas biro politik Umno membuat dakwaan yang kononnya meminta Annuar dikeluarkan daripada Kabinet Muhyiddin.

Selasa lalu, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim bertemu Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk mempersembahkan senarai ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk menjadi perdana menteri.

Sejurus selepas pertemuan itu, Istana Negara berkata dalam satu kenyataan yang Anwar hanya menyerahkan bilangan ahli Parlimen yang menyokongnya tetapi tidak memberikan nama mereka.

Agong juga menasihati Anwar akur dan menghormati proses undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan dari Istana Negara semalam, Agong mengingatkan ahli politik agar berhenti bermain politik ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Anwar semalam juga disoal siasat berhubung enam kes di ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman. 

Ia termasuklah satu pertuduhan liwat dan lima yang lain berhubung senarai ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai perdana menteri.

Anwar berkata beliau enggan membocorkan nama ahli Parlimen itu kepada polis kerana ia berkaitan beliau dan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, laporan juga berkata yang veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah muncul sebagai pemain baru dalam merebut kuasa persekutuan daripada PN.

Sumber dalam Umno berkata Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, sudah menemui pemimpin partinya sendiri, dan juga daripada Parti Warisan Sabah, Amanah dan DAP untuk mendapatkan sokongan terhadap rancangan tersebut.

Beliau juga meminta sokongan daripada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. – 17 Oktober, 2020.

VIRUS GILA 

NAK JADI PM INI 

TAKDA ADA VEKSIN

MALAH  BOLEH

 MEREBAK DALAM 

SENYAP SENYAP

AMIN



1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

8 bulan dulu bilo Tun Kutti lotak jawatan sepatot eay TPM otomatis naik jadi PM. Bilo Wan Azizah dah jadi PM ..tu lah masa nye bilo tayim ateh katey Abam naik jadi PM ..maksud den Abam naik ateh PM ..ngenToT ..baru aman Malaya ni ..