Isnin, 2 November 2020

KITA TERUS DALAM BAHAYA

 



AWAS

STATISTIK

HARI INI 2/11/2020 

834 kes baharu, 900

 pulih dan 2 korban 

Covid-19 hari ini

MALAYSIA melaporkan 834 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes negara melepasi takat 33,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya tiga kes baharu hari ini adalah jangkitan import, bakinya, 831 adalah kes jangkitan tempatan.

Data terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 Malaysia sebanyak 33,339.

Sabah terus menjadi penyumbang terbesar kes baharu, dengan 503 kes.

Negeri Bawah Bayu itu turut melaporkan dua kematian baharu melibatkan warga emas, menjadikan jumlah korban wabak negara kini seramai 251 orang.

Lembah Klang pula melaporkan 157 kes baharu.

Manakala, Labuan melaporkan 105 kes baharu hari ini berbanding hanya 18 kes semalam. Menurut Dr Noor Hisham, ini adalah kerana saringan aktif giat dijalankan di sana.

Kluster penjara dan pusat tahanan pula melaporkan 64 kes baharu. Lima kluster baharu juga dikesan hari ini.

Terdapat 9,968 kes aktif di seluruh negara.

900 pesakit pula disahkan pulih dan dibenar keluar hospital dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 23,120.

91 orang pesakit pula sedang dirawat dalam ICU, dengan 32 orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – 2 November, 2020.



JAGA

JAGA

Tiada ulasan: