KAH KAH KAH
KANG KONG
KATA UMNO
DENDAM
KAH KAH KAH
Umno balas dendam terhadap Bersatu di Perak, kata penganalisis
UMNO membalas dendam terhadap apa yang berlaku semasa pilihan raya Sabah apabila parti itu berjaya memaksa Perikatan Nasional (PN) bersetuju dengan calonnya, Saarani Mohamad untuk menjadi menteri besar Perak, kata penganalisis.
Ini juga bertujuan menguasai semula Perak, bank undi kuat Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang, kata mereka.
Pihak lain yang kalah besar dalam kemelut di Perak adalah DAP apabila parti yang memegang 16 kerusi itu cuba untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan negeri.
Profesor Madya Sosio-Budaya Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata, walaupun Umno masih bersama PN, tindakan itu mengejutkan Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila ia berjaya mengambil alih negeri.
Saarani akan dilantik sebagai menteri besar esok oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang berpuas hati bahawa Adun Kota Tampan itu mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ia diputuskan selepas PN berkata turut mencalonkan Saarani, yang merupakan ketua Umno Perak, sebagai menteri besar baharu selepas presiden parti Ahmad Zahid Hamidi meminta maaf bagi pihak Barisan Nasional (BN) Perak berhubung penyingkiran Ahmad Faizal Azumu.
Presiden Umno itu meminta maaf semasa pertemuan antara Presiden Bersatu Muhyiddin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan Setiausaha Agung BN (Annuar Musa), PAS (Takiyuddin Hassan), dan Bersatu (Hamzah Zainudin) semalam.
“Ini adalah strategi politik oleh Umno. Mereka mengambil kesempatan situasi agar peluang menyebelahi mereka. Apa yang Muhyiddin lakukan di Sabah, dibalas oleh Umno,” kata Awang Azman kepada The Malaysian Insight.
Ia bertambah buruk apabila menteri besar yang digulingkan adalah timbalan presiden Bersatu dan Umno memulakan usul percaya pada Jumaat lalu.
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun berkata Umno mahu memperlihatkan penguasaannya dalam PN selepas Bersatu selama ini mengawal naratif seperti yang berlaku di Sabah susulan pilihan raya pada September. – 10 Disember, 2020.
1 ulasan:
Dendam hari jumaat tak dapat sabtu pun boleh,ahad pun boleh.skip satu hari akan dibalas berhari hari. Begitulah dendam kumbang pada bunga. serious sangatlah. Entot,kopi dan gudang garam. Nikmat lah sebelum entot jadi seloww.tapi tt sudah tak merokok. Serupa makan tak bergaram,kopi tak bergula.
Catat Ulasan