Selasa, 18 Ogos 2020

TERUS LAWAN NAJIB







PARTI NI

BELUM DAFTAR

DAH RAMAI

NAK MASUK

AMIN

TAPI KALAU 

TAK DAPAT DAFTAR

APA JADI ?

Lebih ramai akan sertai parti Dr Mahathir selepas dipecat Bersatu

KALANGAN ahli dan pemimpin Bersatu yang dipecat sejurus sebelum pemilihan berlangsung minggu ini bertekad untuk menyertai parti baharu diasaskan bekas pengerusi mereka Dr Mahathir Mohamad.

Bekas ahli ini memberitahu The Malaysian Insight, mereka akan bertindak demikian demi memperjuangkan prinsip asal parti itu iaitu menentang kerajaan kleptokrat.

Salah seorang daripadanya, Sani Azrin Mohamad Saleh berkata beliau akan membawa ratusan pengikut dalam Bersatu Permatang Pauh yang dipimpinnya ke parti Dr Mahathir, Pejuang.

“Saya tidak akan merayu malah bersedia untuk sertai Pejuang yang diasaskan Dr Mahathir. Selagi Dr Mahathir berjuang dengan prinsip asal Bersatu, saya dan rakan-rakan akan turut serta bersama beliau,” katanya.

Tambah Sani, beliau menjangkakan 300 ahli bahagian Permatang Pauh turut akan bersama beliau menyertai parti baharu Dr Mahathir.

“Gerakan di Permatang Pauh sudah dimulakan. Kita tidak berkempen secara besar-besaran. Kita hanya jumpa secara individu untuk bersama Pejuang.

“Saya yakin ramai akan sertai Pejuang kerana ahli Bersatu sertai parti ini kerana Tun M bukan Muhyiddin Yassin,” jelas ahli perniagaan itu.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai pemecatannya melalui akhbar pada Sabtu lalu apabila Bersatu menyiarkan nama beliau bersama 281 pemimpin lain yang dipecat daripada parti.

“Rasa macam penjenayah pula apabila nama kita dipecat melalui pengumuman di akhbar. Saya sendiri tak dapat sebarang notis sama ada dari emel atau surat,” katanya.

Sani berkata sejak Bersatu mengumumkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) beliau sudah mula tawar hati terhadap pimpinan parti.

Jelasnya, beliau kecewa dengan tindakan Muhyiddin yang memungkiri mandat diberikat pengundi dalam PRU14.

“Muhyiddin sebagai presiden bukan mengkhianati Dr Mahathir dan ahli Bersatu tetapi beliau khianati undi rakyat.

“Rakyat mengambil cuti pulang ke kampung, guna duit sendiri untuk mengundi PH tetapi akhirnya Muhyiddin melompat bersama Umno dan PAS,” kata penggerak awal Bersatu Permatang Pauh itu.

Seorang lagi yang dilucut keahlian, Mohd Salman Mohd Sollehuddin Mohan berkata beliau mahu berhijrah kerana yakin parti Pejuang akan mendapat sokongan.

Bekas ketua Armada Bahagian Kulim Bandar Baharu itu juga akan membawa ahli dari bahagiannya ke parti Dr Mahathir yang menurutnya semakin mendapat sokongan.

“Kita tetap dengan prinsip awal Bersatu, kini saya dan rakan-rakan di Kulim Bandar Baharu akan sertai parti Pejuang bersama Dr Mahathir.

“Kita dalam proses untuk bawa ramai ahli bersatu di kulim sertai Pejuang, semalam pun semua ahli jawatankuasa Bersatu bahagian Kulim letak jawatan.

“Dalam 50 orang bersedia untuk sertai Bersatu, gerakan untuk kumpul ahli lebih ramai pun sudah dimulakan,” katanya yang dipecat bersama ketua bahagian tersebut Azimi Daim.

Tambah Salman, beliau menjangka lebih ramai akan menyertai Pejuang untuk membantah tindakan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN).

Langkah itu juga akan mengalih sokongan pengundi, katanya lagi.

“Saya jangkakan ramai pengundi yang sokong Bersatu semasa pilihan raya lalu akan lari menyokong Pejuang.

“Kita sendri boleh tengok hari-hari ada bahagian dan cawangan yang umum keluar Bersatu

“Itulah kesan apabila buat keputusan tanpa merujuk pandangam akar umbi,” katanya.

Pengumuman mengenai pemecatan 282 ahli tersebut, yang didakwa dibuat kerana kesalahan melanggar perlembagaan parti, disiarkan Bersatu dalam beberapa akhbar.

Antara yang dipecat Adun Batang Kali Harumaini Omar, Adun Jeram Shaid Rosli dan Adun Kuang Sallehudin Amiruddin.

Turut dipecat Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, salah seorang daripada tujuh ahli pengasas Bersatu dan salah seorang pemimpin sayap pemuda, Ulya Aqamah Husamuddin.

Tiga pencabar dalam pemilihan jawatan ketua Wanita juga dipecat – Azlina Mehtab Mohd Ishak, Izza Ismail dan Zuhuraina Makmur.

Masing-masing merupakan ketua Bersatu Kepala Batas, timbalan ketua penerangan Wanita dan ketua Wanita Kuala Langat.

Seorang lagi penggerak Bersatu yang dipecat, Arman Putera Asmuni berkata semua rakannya di bahagiannya di Bangi akan menyertai Pejuang.

Calon untuk pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi itu berkata beliau sudah menarik diri kerana melihat tatacara pemilihan itu tidak dijalankan dengan betul.

“Sehari selepas Muhyiddin diumum pengerusi dan Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalannya, saya menghantar borang penarikan diri daripada pencalonan ahli MPT  kerana tidak percaya kelolaan pemilihan dibawah Jawantankuasa Pemilihan oleh Pengerusi Syed Hamid Albar,” katanya.

Beliau kini bersedia untuk menyertai Pejuang dan menawarkan diri untuk menggerakkan parti itu di mana-mana kawasan.

“Semua bekas ahli di Bangi juga akan sertai Bersatu malah ada sebilangan ahli yang kecewa nama mereka tidak disenaraikan (dalam notis pemecatan) Sabtu lalu,

“Jika parti Umno untuk orang Melayu, PAS untuk Islam, parti Pejuang pula untuk yang sentiasa berjuang” katanya.

Rabu lepas, Mahathir mengumumkan nama parti baharunya – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang menurutnya ditubuhkan untuk melawan rasuah dan politik wang.

Beliau bersama lima lagi ahli Parlimen, anaknya Mukhriz (Jerlun), Marzuki Yahya (Tasek Gelugor), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Tindakan itu dibuat selepas mereka gagal mencabar keputusan Muhyiddin menggugurkan keahlian dalam Bersatu.

Susulan itu, beberapa pemimpin bahagian dan mengumumkan keluar parti seperti di Tanjong Karang, Pagoh, Alor Setar dan Langkawi. – 18 Ogos, 2020.


GAGAL DAFTAR

BOLEH  PAKAI

RUMAH LAIN

DULU 

AMIN

PAKAI RUMAH

AMANAH

PASTI SELAMAT

AMIN

Tiada ulasan: