Rabu, 27 Januari 2021

BETUL KE MUHYIDIN TAKDA KUASA

 



 APAKAH INI

MAKNANYA

MUHYIDIN PUTAR

KAH KAH KAH

TAKDA KUASA

KLIM ADA KUASA

KAH KAH KAH


Muhyiddin tiada kuasa nasihat Agong gantung Parlimen, kata Anwar

ANWAR Ibrahim memulakan tindakan mahkamah untuk mencabar kuasa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen di bawah perisytharan darurat, kata peguamnya.

Peguam Ramkarpal Singh berkata nasihat perdana menteri itu bertentangan dengan undang-undang serta tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan perdana menteri (melalui Jemaah Menteri) untuk menasihati Yang di Pertuan Agong untuk meluluskan (perkara) 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut. 

“Nasihat perdana menteri tersebut adalah dikatakan bertentangan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Perkara 14 Ordinan Darurat 2021 menggantung peruntukan undang-undang berhubung dengan tindakan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen. 

Ia sebaliknya memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian pada suatu tarikh yang baginda fikirkan sesuai.

Permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, jelas Ramkarpal.

Permohonan itu menamakan Muhyiddin selaku perdana menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden. 

“Diharapkan satu tarikh pendengaran permohonan tersebut dapat ditetapkan secepat mungkin,” tambah Ramkarpal.

Selain menggantung Parlimen, perintah darurat yang berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2021 turut menggantung semua dewan undangan negeri, serta pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Ordinan yang diwarta pada 14 Januari lalu juga mengekalkan kuasa pada perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri untuk terus mentadbir dan menjalankan kuasa eksekutif yang ada pada mereka sepanjang tempoh darurat berjalan.

Ia juga mengekalkan jemaah menteri, majlis mesyuarat kerajaan negeri dan kabinet negeri.

Sebuah jawatankuasa bebas juga sedang dibentuk, atas titah Yang di-Pertuan Agong, untuk menasihati baginda sekiranya pelaksanaan perintah darurat dapat ditamatkan lebih awal sebelum 1 Ogos 2021.

Pada Rabu lalu, Pakatan Harapan mengumumkan tiga nama wakilnya yang dikemukakan untuk menganggotai jawatankuasa bebas itu. Mereka ialah tiga ahli parlimen yang mewakili tiga parti dalam PH iaitu Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Anthony Loke Siew Fook (Seremban), dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Pada Sabtu berikutnya, Anwar mendakwa majoriti ahli parlimen bersetuju untuk Parlimen bersidang segera untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Covid-19, membayangkan penolakan terhadap langkah pentadbiran Muhyiddin melaksanakan perintah darurat.

“Sekarang sudah mencecah 114 atau 115 (Ahli Parlimen) yang menolak usul kerajaan PN (Perikatan Nasional). Ini tidak boleh disangkal, (jumlah) itu lebih daripada mencukupi untuk menolak pandangan PN berhubung darurat.

“Saya hanya mampu menyampaikan dan akan menyusul (mempersembah) kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah mencukupi tetapi kena tunggu ihsan dan budi bicara baginda untuk mendapat maklumat berikutnya,” katanya pada Sabtu lalu.

Pada 12 Januari lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa menjelaskan persiytharan darurat berkata langkah itu bukan satu rampasan kuasa tetapi hanya darurat pentadbiran untuk meningkatkan penguatkuasaan keselamatan menangani Covid-19. – 26 Januari, 2021.

 ANWAR IBRAHIM

BOLEH SELESAIKAN

PEKARA INI DENGAN SENANG

KAH KAH KAH

PANGGIL SEMUA YB

YANG TAK SOKONG

MUHYIDIN

AMIN

BAWA  MEREKA 

DEPAN ISTANA

KIRA SATU SATU

AMIN

BILA DAH LEBIH

DARI 112 ORANG

MAKNANYA MUHYIDIN

HILANG  KUASA

AMIN

SAP SAP SUI

AMIN

TAK PERLU BAWA

KE MAHKAMAH

KES LAMBAT 

BERJALAN

AMIN

TUP TUP  MASUK

BULAN OGOS

DARURAT TAMAT KES BELUM SELESAI

KAH KAH KAH

MENGABIH BOREH

KAH KAH KAH

AMIN



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kuasa tarik teloq dan lepas teloq....