Rabu, 27 Januari 2021

BERKHALWAT HARI KE 316

 





KHALWAT KE 316

 RABU 27/1/2021

KITA MASUK KE HARI 316
BERKHALWAT

PKP2
BELUM SELESAI

DARURAT
HARI KE 15

GAWAT MASIH BERTERUSAN
GAWAT KOBID
GAWAT EKONOMI
GAWAT POLITIK

ANWAR IBRAHIM
MASIH GILA NAK JADI PM
WALAU PUN
RAKYAT GELISAH
DENGAN SUASANA KOBID

DI LUAR NEGARA TEGANG
KAPAL TERBANG PEJUANG
CHINA MERAH
MASUK KE PERAIRAN TAIWAN

CHINA MERAH
MAHU MENDUGA
JOE BIDEN 
PRESIDEN BARU AMERIKA
BERANI PERTAHAN TAIWAN
ATAU
HANYA RETORIK

LAUT CHINA SELATAN TEGANG
AMERIKA TELAH MENGHANTAR
KAPAL PERANG 
MASUK KE PERAIRAN
LAUT CHINA SELATAN

KITA TUNGGU DAN LIHAT

PAGI INI HOKKEIN CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
WALAU PUN TAK BERSINAR

JANTAN BERKOKOK
DARI BUKIT KANAN
DARI GAUNG KIRI

2 PASANG MERBAH
MELINTAS ATAS KEPALA
SAMBIL BERLAGU

SAYU SAYU GUA DENGAR
KENG BERSUARA

HA HA HA
PAGI INI
GUA BERI PERHATIAN RAPI
PADA TEMPUA  YANG SEDANG
BERGOTONG ROYONG
MEMBUAT RUMAH

SATU RUMAH JANTAN DAH SIAP
SATU RUMAH BETINA DAH SIAP
CAT MASIH HIJAU BELUM KERING
TAK TAHU BERAPA LAGI
DALAM PERANCANGAN

BRO
PAGI INI MULAKAN
DENGAN SENYUM
LU PUNYA SENYUM
AKAN MEMBUKA
LAGI BANYAK SENYUMAN

FIKRAH YANG TENANG
MEMBAWA
KEKUATAN DALAMAN
DAN
KEYAKINAN

KITA TIDAK AKAN
BERJAYA MEMBAWA
AMAN KEPADA DUNIA
KALAU KITA
TIDAK MENGAMANKAN
JIWA KITA

BUATLAH
BAIK DIMANA MUNGKIN
KEMUNGKINAN SENTIASA ADA

BRO
JANGAN LUPA
SEGALA KESUSAHAN
SEGALA KEPERITAN
YANG  LU LALUI
TELAH MEMBUATKAN 
LU LAGI BIJAK 
LAGI BERANI
DARI KELMARIN

BERGEMBIRA BELAJAR
MEMISAHKAN YANG TUA 
DENGAN YANG MUDA
JIKA TERUS BELAJAR
KITA AKAN  TUA  

JALAN PINTAS
MEMANJANGKAN MASA
MENUNGGU

BRO
SATU PEKARA
YANG WAJIB KITA KETAHUI
DALAM HIDUP INI
KITA TAK AKAN DAPAT
MENYUKANKAN HATI SEMUA ORANG
JADI TAK PERLU KITA CUBA

KESUSAHAN YANG MENIMPA DIRI
UNTUK KITA MENGENAL DIRI
AMIN

LAKUKAN KEBAIKAN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BERGEMBIRA BELAJAR
"SUKA BELAJAR AKAN" MEMISAHKAN YANG TUA
DENGAN YANG MUDA
JIKA TERUS BELAJAR
KITA "TIDAK" AKAN TUA