Khamis, 28 Januari 2021

INI KERJA TOK GOPOH

 


TOK GOPOH TAK

SABAR SABAR

AMIN

MASA ADA

KUASA CEPAT

NAK KELUAR JIL

AMIN

CEPAT NAK JADI YB

CEPAT NAK JADI PM

AMIN

SEKARANG BARU 

SEDAR

AMIN



Rayuan Anwar batal saman kesahan pengampunan diraja didengar 18 Mac 

RAYUAN Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan saman berhubung kesahan pengampunan diraja yang diberikan kepada beliau dalam kes liwat akan didengar pada 18 Mac.

Perkara itu disahkan peguamnya J Leela dalam satu teks mesej menyatakan tarikh pendengaran kes tersebut yang sebelum ini ditetapkan pada 28 Julai, dipercepatkan kepada Mac.

Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini. Peguam Mohamad Farhan Kamarudin mewakili Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, juga seorang peguam, yang memfailkan saman itu terhadap Anwar.

Rayuan Anwar akan didengar bersama dengan rayuan Lembaga Pengampunan.

Pada 21 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman itu selepas memutuskan Khairul Azam mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan perundangan kerana beliau adalah orang awam serta individu yang berkelayakan sebagai peguam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu (Anwar) memfailkan permohonan bagi membatalkan saman itu atas alasan, antara lain, Khairul Azam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula serta ia adalah remeh, mengaibkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Khairul Azam, yang memfailkan saman pemula pada 26 Februari tahun lepas, menamakan Lembaga Pengampunan serta Anwar sebagai responden dan mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membebaskan beliau dari penjara selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bertentangan dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan fakta bahawa pengampunan diberikan Agong hendaklah diasaskan kepada nasihat Lembaga Pengampunan.

Khairul Azam mendakwa lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas PRU pada 9 Mei 2018 dan pembentukan kerajaan baharu.

Anwar dihukum penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan sabitan serta hukuman itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015. – Bernama, 27 Januari, 2021.

MASA ADA KUASA

TAK IKUT

PERATURAN

AMIN

SEKARANG 

BAHAR HARGA

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja Tok Gopoh, dia juga Mat Jenin dan Pak Bodoh.

"Anwar sangat konfiden akan menang didalam mindanya dia sudah bayangkan dia perdana menteri" - Jusuf Kalla, 2013

Masa tu PRU ke 13. Pakatan dibawah pimpinan Anwar menang undi popular, tapi kalah kerusi. Sebab apa? Anwar lupa dapat sokongan Sarawak dan Sabah ... nak jadi perdana menteri Malaysia, tapi LUPA rakyat di Sarawak dan Sabah! Inilah kecerdikan dan kaliber Anwar!

Tanpa Nama berkata...

Slmt kembali ke Sg Buloh kpd PM in Waiting Pakatan Haprak ��