KHAMIS 28/1/2021
KITA MASUK KE HARI 317
BERKHALWAT
BERKHALWAT
DARURAT
HARI KE 16
HARI INI PENGANUT HINDU
MERAYAKAN
THAIPUSAM
GAWAT BERTERUSAN
ANGKA KOBID
TELAH DILENTUR
TAPI BELUM DAPAT
DI JATUHKAN
RAKYAT MAKIN SUSAH
HARGA MAKANAN MULA NAIK
SATU PEDEKANTAN BARU
DIPERLUKAN
SEMUA PARTI POLITIK
PERLU BEKERJASAMA
UNTUK MENANGANI KOBID
HENTIKAN
MENGGUNAKAN KOBID
UNTUK MENSASAR
MUSUH POLITIK
PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR JUGA CERAH
GUA BOLEH NAMPAK
BUKIT BUKAU
HULU LANGAT
GUA DI SAMBUT
HOW WOW
SUARA AMAT KUAT
MENGALAHKAN
YANG LAIN
GUA TELIHAT
DUA PASANG TERKUKUR
MINUM DI LOPAK AIR
TEPI JALAN
BERJALAN PULANG
MURAI BERKICAU
BUNYI RAMAI
PELBAGAI IRAMA
TAPI MUNGKIN SAEKOR
BOLEH PELBAGAI GENRE BUNYI
KETIKA GUA MENGETIK INI
DI LUAR
MASIH KEDENGARAN MURAI
BERKICAU
MURAI YOU MAKES
MY DAY
BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
SENYUMAN LU ITU
AKAN MENJEMPUT
BANYAK LAGI SENYUMAN
BILA KITA SEDAR
KITA BUAT SILAP
BERHENTI DAN BETULKAN
BRO
JIKA KITA BERUSAHA
UNTUK MENGEMBIRAKN
ORANG LAIN
ERTINYA KITA BERJAYA
MENEMUI TUJUAN HIDUP
SETIAP HARI
YANG KITA LALUI INI
AMAT BERHARGA
TARIK NAFAS
RAYAKAN DIRI SENDIRI
HEMBUS NAFAS
RAYAKAN KEMANUSIAAN
BRO
PUNCA
HIDUP BAHAGIA INI
BUKAN KITA ADA
BANYAK DUIT
BANYAK KUASA
TAPI
KITA MEMILIKI
HATI YANG BAIK
BRO
DALAM HIDUP INI
KITA BUAT PILIHAN
HASILNYA PADA KITA
BAIK ATAU BURUK
BRO
BUAT SESUATU
BUKAN KERANA BUAT BUAT
TAPI
MEMILIKI SEBAB TUJUAN
BRO
JANGAN MENILAI ORANG
JANGAN MENGHUKUM ORANG
JANGAN MENGHUKUM
ORANG SEBELUM
MENGHUKUM DAN MENILAI
DIRI SENDIRI
BERSIKAP JUJUR TERBUKA
MUNGKIN TAK DAPAT
RAMAI KAWAN
TAPI DAPAT KAWAN
YANG TEPAT
BRO
DENGAR DARI RAMAI ORANG
BERSUARA KEPADA SADIKIT
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
1 ulasan:
Bertabahlah...
C++
Catat Ulasan