Rabu, 23 Jun 2021

ANWAR IBRAHIM CUKUP SD UNTUK ANGKAT SUMPAH

 


 SEKALI LAGI

ANWAR KLIM

I GOT NUMBO

KAH KAH KAH

KALI INI TAK

HEBOH HEBOH

 TAK ADA  

SIDANG MEDIA

KAH KAH KAH

TAPI

KANTOI LAGI 

KAH KAH KAH 

 CILAKAK NAZRI 

PECAH LUBANG

KAH KAH KAH

ISTANA PULAK

YANG SIASAT

KAH KAH KAH



Nazri mengaku kumpul SD sokong Hishammuddin, sekat Anwar jadi PM

AHLI Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz mengaku beliau mengatur usaha mengumpul surat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Hishammuddin Hussein.

Sokongan daripada 25 ahli Parlimen itu bertujuan menolak kepimpinan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, katanya.

Nazri memberitahu Sinar Harian, sokongan mereka bagaimanapun bukan untuk mengangkat Hishammuddin sebagai perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

“Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu, setelah kita dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti sekali lagi ke Istana Negara bermula 9 Jun lalu.

“Yang sign (tandatangan) SD ini melibatkan 25 ahli Parlimen BN daripada keseluruhan 41 orang.

“Tujuannya disebabkan kami sudah hilang keyakinan terhadap ketelusan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili parti sewaktu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong tempoh hari,” katanya, seperti dipetik akhbar itu.

Nazri mengulas kenyataan Setiausaha Agong Umno Ahmad Maslan mengenai wujudnya usaha mengumpul SD dalam kalangan ahli Parlimen yang dikatakan bertujuan mengambil alih kerajaan.

Ahmad mendakwa beliau maklum mengenai usaha pengumpulan SD itu tetapi memberitahu portal Malaysia Post beliau sendiri tidak diminta menandatangani SD berkenaan.

Menurut Nazri, kumpulan 25 ahli Parlimen Umno ini sudah hilang keyakinan terhadap Zahid selepas presiden Umno itu mengemukakan surat sokongan untuk Anwar jadi perdana menteri pada hujung tahun lalu.

Tindakan Zahid mengecewakan mereka, katanya, ketika parti sudah membuat ketetapan menolak Anwar dan PKR serta DAP.

Mereka khuatir Zahid akan mengulangi perkara sama ketika mengadap Yang di-Pertuan Agung baru-baru ini, dan kerana itu mereka menandatangani SD menyokong Hishammuddin.

“Berikutan itu, kami bersetuju memberi mandat kepada Hishammuddin untuk menjadi jurucakap ahli-ahli Parlimen BN bagi memberi penegasan sebenar bahawa kami tidak pernah dan tidak akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

“Sekali lagi saya tegaskan usaha kumpul SD itu bukan bertujuan untuk jatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau tukar kerajaan baharu,” katanya. 

Sementara itu, Sinar Harian juga memetik sumber seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang mendakwa Anwar sudah mengumpulkan 115 sokongan untuk membolehkannya jadi perdana menteri.

Dokumen sokongan itu menurut sumber dipersembahkan oleh Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong semasa majlis mengadap ketua-ketua parti politik pada 9 Jun lalu.

“Bagaimanapun, kami dimaklumkan Istana Negara kemudiannya melakukan verifikasi SD berkenaan dan mendapati berlaku pertindihan tandatangan ramai ahli Parlimen dengan sebuah lagi SD dikemukakan Hishammuddin.

“Secara mudahnya, gerakan kutipan satu lagi SD daripada ahli-ahli Parlimen kerajaan sebenarnya bertujuan mempertahankan Muhyiddin dan menghalang cita-cita Anwar daripada menjadi perdana menteri,” katanya.

Selepas kematian dua ahli Parlimen dan beberapa ahli Parlimen yang beralih sokongan, kerajaan Perikatan Nasional dipercayai mempunyai 112 sokongan di Dewan Rakyat.

Namun dengan keadaan Umno yang berpecah antara menyokong Anwar dan Muhyiddin, presiden Bersatu itu dijangka tidak ada sokongan yang cukup apabila Parlimen bersidang nanti.

Parlimen ditangguhkan sejak 28 Disember lepas dan belum lagi bersidang selepas perisytiharan darurat berkuat kuasa sejak 11 Januari lalu.

Kerajaan kini ditekan untuk memanggil sidang Parlimen segera terutama selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkannya dan disokong oleh Raja-Raja Melayu. – 23 Jun, 2021.

 WOIT

YANG ANWAR 

SERAH PADA

AGONG APA?

AMIN

SD ATAU NAMA YB

KAH KAH KAH

KALAU NAMA

MESTI RAMAI

KAH KAH KAH

TERMASUK NAMA

XAVIER JAYAKUMAR

KAH KAH KAH

NAMA YB SAMSUL

ADA TAK?

KAH KAH LAH



Tiada ulasan: