Ahad, 25 Julai 2021

BERI KEADILAN KEPADA DOKTOR

 


 DOKTOR INI

NAK KERJA 

DENGAN

KERAJAAN

AMIN

TAK NAK SWASTA

AMIN

KENAPA TAK

TERIMA MEREKA

AMIN

MEREKA NAK

SAMBUNG BELAJR

BERILAH

AMIN

LAGI BAIK 

UNTUK NEGARA

KHALAS



Tak gembira dengan tawaran Putrajaya, hartal doktor kontrak diteruskan

KUMPULAN Hartal Doktor Kontrak akan meneruskan hartal dijadualkan pada 26 Julai walaupun kerajaan sudah mengumumkan beberapa langkah penyelesaian berkaitan isu doktor kontrak, kata jurucakap kumpulan itu.

Dr Mustapha Kamal A.Aziz memberitahu The Malaysia Insight yang kumpulan itu yang menggesa perkhidmatan tetap diberikan kepada pegawai perubatan kontrak masih tidak gembira dengan tawaran diberi Putrajaya.

Semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Putrajaya akan melanjutkan tempoh kontrak kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang sudah diterima untuk memasuki latihan kepakaran dengan tempoh maksimum empat tahun.

Ini katanya, terpakai kepada mereka yang sudah menerima untuk menjalani latihan kepakaran dalam tempoh dua tahun kontrak mereka.

Muhyiddin juga berkata, Kabinet juga memutuskan untuk menawarkan kontrak perkhidmatan dua tahun kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan ahli farmasi yang sudah memenuhi tempoh perkhidmatan wajib mereka bagi memastikan keberterusan perkhidmatan serta menyiapkan mereka untuk latihan kepakaran.

“(Tawaran) Ini separuh masak…lagipun tak masuk akal langsung,” kata Dr Mustapha kepada The Malaysian Insight.

“Hartal akan diteruskan seperti yang dirancang.”

Kumpulan itu merancang melaksanakan mogok besar-besaran pada Isnin sebagai tanda protes ke atas pendirian kerajaan berkaitan isu perkhidmatan tetap untuk pegawai perubatan kontrak.

Kumpulan itu sudah menghantar memorandum kepada kerajaan pada awal bulan ini, mendesak kerajaan menawarkan jawatan tetap kepada semua pegawai perubatan kontrak dan menjelaskan butiran terperinci tentang kriteria digunakan kerajaan untuk perkhidmatan tetap.

Kumpulan itu juga menimbulkan soal perubahan kerajaan sebanyak tiga kali sejak pilihan raya umum lepas yang menyebabkan isu doktor kontrak terpaksa berulang kali dibincangkan tanpa penyelesaian kukuh.

Ia memberi masa tiga minggu kepada kerajaan untuk memberi jalan penyelesaian.

Sebelum Putrajaya mengumumkan tawaran itu semalam, kumpulan itu berkata doktor akan melaksanakan mogok ketika waktu bekerja, desakan yang dibuat ketika kes Covid-19 sedang melonjak naik di seluruh negara, sebagai tanda protes ke atas kelemahan terma pekerjaan mereka .

“Kami akan meneruskan mogok besar-besaran sebagai simbol meminta suara kami didengar,” kata jurucakap.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah doktor yang akan terlibat dalam mogok itu.

Ditanya mengenai risiko kehilangan keyakinan rakyat memandangkan penjagaan pesakit Covid-19 adalah keutamaan tertinggi sekarang, jurucakap berkata: “Saya rasa orang ramai perlu faham yang sekarang adalah masa genting untuk kami (berbuat sesuatu) dan sistem penjagaan kesihatan kita.”

Sejak beberapa hari lepas, beberapa doktor di Lembah Klang dilapor meletak jawatan dengan notis berhenti kerja 24 jam, disebabkan masalah kelelahan kerja, kekurangan peluang kerjaya, tekanan dan beban kerja bertambah disebabkan peningkatan kes Covid-19.

Data KKM menunjukkan 23,077 pegawai perubatan kontrak gred UD41 dipilih untuk menjalani latihan siswazah dan perkhidmatan wajib antara Disember 2016 sehingga Mei 2021.

Bagaimanapun, hanya 789 orang doktor ditawarkan jawatan tetap, menyebabkan doktor kontrak berada dalam situasi tidak menentu dan ramai memilih untuk bekerja di luar negara. – 24 Julai, 2021.



 APA MASALAH

KERAJAAN

TAK NAK TERIMA?

AMIN

BERAT BERAT

MAKIN GAGAL

AMIN

POLITIKUS

BANGKAIO

BENYAWA

KHALAS



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dey TT.. gwa ada kawan doktor kontrak ni jugak. First of all la TT, dorg ni quality just like that saja. Gwa dh bosan dengar doktor ni dok mengeluh xdpt tawaran luar...

Bila gwa tnya smua sbb gaji,bukan sebab etika kejadah tu pun.
Dah xdpt tawaran luar demand tinggi2 pulak dekat sni. Phuiiii...

Tanpa Nama berkata...

doktor tugas dia selamatkan nyawa dulu... doktor ni snaggup biar orang mati dari tolong orang.. mereka lebih laya kerja swasta..ada duit baru kerja ini doktor kapitalis..... ini bukan doktor ini binatang.. khalas.

Tanpa Nama berkata...

Ingat diaorang makan nasihat ke bro?