Isnin, 19 Julai 2021

BUKAN KES RAZAK BAGINDA



 INI BARU BETUL

AMIN

BUKAN MACAM

KES BUNUH

RAZAK BAGINDA

AMIN

PENDAKWA

TAK MERAYU

AMIN

TAHNIAH 

PEGUAM NEGARA

AMIN

KITA LAWAN

RASUAH

BERSAMA RAKYAT

KHALAS




Pendakwaan fail rayuan keputusan bebas Ku Nan

PIHAK pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.

Mengikut sumber Jabatan Peguam Negara, notis rayuan itu difailkan kira-kira 12.30 tengah hari tadi.  Pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan. 

Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Rayuan  membenarkan rayuan Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Suraya Othman, yang membacakan keputusan majoriti 2-1 itu berkata mahkamah mendapati cek RM2 juta yang diterima Tengku Adnan daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong adalah sumbangan politik kepada Umno. 

Hakim Ahmad Nasfy Yasin bersetuju dengan Hakim Suraya manakala Hakim Abu Bakar Jais, menolak rayuan Tengku Adnan.

Hakim Abu Bakar ketika menolak rayuan itu berkata beliau bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Tengku Adnan telah menerima cek itu untuk dirinya sendiri dan ia bukan sumbangan politik untuk Umno.

Pada 21 Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta terhadap ahli Parlimen Putrajaya itu selepas mendapati beliau bersalah atas pertuduhan tersebut di akhir kes pembelaan.

Tengku Adnan, 70, didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda. – Bernama, 19 Julai, 2021. 

 TENGKU FRAUD

BEBAS RAKYAT

KECEWA

AMIN

SEKARANG

RAKYAT GUMBIRA

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lu berani sebut balik kes rajak baginda..
Menggeletar si rajak dan kawan kepada si rajak baginda yg sama2 balun atontoya.weyyy.kahkahkah. potong stim diaorang nak beraya dan berdrama dalam pesbuk untuk rakyekat konon