Sabtu, 24 Julai 2021

DOKTOR ADALAH BARISAN HADAPAN

 

BARISAN HADAPAN

MOGOK

MAMPOOOS

KITA SEMUA

KHALAS



5,000 doktor dijangka mogok pada Isnin, kata kumpulan

SEKITAR 4,000 sehingga 5,000 orang doktor di seluruh negara dijangka terlibat dalam mogok dijadualkan berlaku pada Isnin 26 Julai ini, kata wakil kumpulan Hartal Doktor Kontrak hari ini.

Dr Umar Baraka berkata doktor dari Hospital Sungai Buloh- salah satu pusat rawatan utama pesakit Covid-19- juga akan terlibat dalam mogok itu.

Mogok ini dijangka menjejaskan sistem penjagaan kesihatan awam negara kerana buat masa sekarang terdapat lebih 145,000 kes aktif Covid-19.

“Kami tiada pilihan, kami akan teruskan dengan mogok pada 26 Julai di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara. Kami sudah buat tinjauan dan mendapati sekitar 4,000 hingga 5,000 doktor akan turut serta dalam mogok ini,” kata Dr Umar yang ditemani hampir 20 orang doktor dalam sidang media dibuat dalam talian, hari ini.

“Ia (mogok) akan berlaku antaranya di Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, Hospital Taiping dan Ipoh, Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail di Johor serta Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Mogok 26 Julai itu akan dimulakan dengan henti kerja doktor siswazah pada jam 11 pagi.

Kumpulan itu berkata mereka sudah memberikan masa mencukupi kepada kerajaan untuk mencadangkan penyelesaian isu tersebut, menambah yang pengumuman perdana menteri semalam hanyalah bersifat sementara dan separuh masak.

“Sistem kontrak akan menyebabkan sistem penjagaan kesihatan lumpuh, tengoklah berapa ramai doktor sudah meletak jawatan sejak beberapa hari lepas,” kata Dr Umar.

“Tidak wujud iltizam politik untuk melakukan perubahan dan kerajaan menyembunyikan situasi sebenar di hospital dari rakyat.

“Kami mahu menunjukkan yang kami (doktor siswazah) jumlahlah besar dan tanpa kami hospital tidak akan mampu bertahan, terutama sekali ketika pandemik Covid-19 ini.”

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan yang Putrajaya akan melanjutkan tempoh kontrak pegawai perubatan dan pergigian yang sudah diterima untuk menjalani latihan kepakaran kepada tempoh maksimum empat tahun.

Dr Umar berkata, doktor kontrak sudah serik dilayan seperti “tenaga buruh murah” tanpa prospek perkembangan kerjaya dan faedah yang diberikan kepada kakitangan tetap.

“Mereka fikir kami pengacau, tetapi mogok itu dirancang rapi dan kami meletakkan penjagaan pesakit sebagai keutamaan terpenting. Kami akan serahkan tugas kami kepada rakan sejawat tetap sebelum mogok.

“Hakikatnya kami sudah lesu dan lelah. Daripada lebih 20,000 doktor kontrak, hanya 3.4% diserap sebagai kakitangan tetap dan tidak ada kriteria jelas untuk kami bergerak ke arah itu (diserap).

“Selagi mana kerajaan tak melayan kami dengan adil dan memberikan penyelesaian bersesuaian kepada permintaan kami, kita mungkin akan ada hartal 2.0

“Kita akan tengok bagaimana reaksi kerajaan pada Isnin,” katanya menambah yang beliau juga tidak mahu kerajaan menyerap semua doktor kontrak sekaligus ke dalam perkhidmatan awam, tetapi ia boleh dilakukannya secara berperingkat. – 24 Julai, 2021.


JANGAN JADI

BEBAL

AMIN

KERAJAAN

WAJIB BERTOLAK

ANSUR

AMIN

DOKTOR JUGA

WAJIB BERTOLAK

ANSUR

AMIN

FIKIRKAN RAKYAT

YANG SAKIT

AMIN

KERAJAAN

JANGAN PIKIRKAN

HANYA POLITIK 

AMIN

DOKTOR

JANGAN PIKIRKAN

HANYA

IJAZAH DAN GAJI

AMIN

PASTI ADA 

JALAN BUAT

REDA KEADAAN

AMIN



5 ulasan:

Arymanchino berkata...

Yg ni tuntas TT.Aku sokong otak kau.Semua manusia kena baik,kena berbakti sesame manusia.Tp biasa dlm dunia memang ramai politikus haramjadah,dan ade juga Dr yg biul otak dia..

Tanpa Nama berkata...

Lu baca sttmen pengarah kesihatan negeri selangor.lu akn tau bkn sumua doktor mau mogok.yg palat bbrpa ekor kepala heboh mcm beribu doktor mau hartal.belajarlah rasa cukup dgn apa yg ada.hidup secara sederhana

Yeop sepet berkata...

Bayor jela gaji doktor tu. Udah le depa tu blajo nak jadik doktor stfh mampuih,keje lg mampuih,gaji rendah mcm xde perhargaan susah payah depa. MP2 PN bule offer gaji ratus2 ribu gaji doktor kedekut. Dasar zafrul basterd. Aku sokong doktor mogok, their effort thrown to the drain lps yiddin buat gak pru sabah.fuck the gov,lu gak TT slalu sruh org turun ke jalan raya.

capt salai berkata...

Padan muka dengan kerajaan/politikus nak jaga kroni punya pasal bagi buka kolej rumah kedai pun ada tawarkan ijazah kedoktoran dapat grant dari kerajaan lepas tu sapa ada duit boleh masuk walaupun kelulusan tak berapa layak,ada pinjaman 300k - 400k,kualiti pengajaran belakang cerita janji ada masyukk bila dah melambak doktor dah pening kepala kahkahkah padan muka
Mogok dr mogok biar tambah pening muidin..nak sangat jadi piem padan muka lu

Tanpa Nama berkata...

Gaji rendah? Tak tau hal sebenar toksah cakap.baik diam