Khamis, 22 Julai 2021

LU INGAT SENANG NAK MASUK SYURGA

 



LU INGAT

SENANG NAK

MASUK SYURGA

KAH KAH KAH

LU INGAT SENANG

NAK TUNJUK BAIK

KAH KAH KAH

PENJUAL AGAMA

BERGADUH

SAMA SENDIRI

KAH KAH KAH

NAK TUNJUK

SAPA LEBIH BAIK

KAH KAH KAH 



Ebit Lew nafi tuduhan, fitnah misinya ke Gaza

PENDAKWAH terkenal Ustaz Ebit Lew hari ini membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamed Zainal Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.

Beliau berkata Ebit selesai membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada kira-kira 6.42 petang tadi. 

“Dalam laporan berkenaan menyatakan dirinya (Ebit Lew) telah menerima tuduhan yang tidak berasas oleh beberapa individu,” katanya.

Sementara itu, Ebit dalam sidang media selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berkata beliau menamakan beberapa individu termasuk ketua pegawai eksekutif sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan penyanyi rap Caprice.

“Saya pada mulanya tidak ingin memperbesarkan isu ini namun ia menjadi semakin tular (dalam media sosial) maka saya buat laporan polis dan serahkan kepada polis untuk siasatan,” katanya. 

Difahamkan, Ebit akan membuat satu sidang media esok untuk memperjelaskan isu mengaitkan beliau semasa menyertai misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan meminta orang awam agar tidak mensensasikan isu berkenaan dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada mereka yang menyebar, membuat kenyataan berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang. – Bernama, 21 Julai, 2021.


KAH KAH KAH

AKHIRNYA

POLIS JADI

PENGADIL

KAH KAH KAH 




Tiada ulasan: