Isnin, 26 Julai 2021

TER NOWW TERKINI - BERITA MELEDAK

 

BERITA HARTAL

MELEDAK KE

SELURUH DUNIA

AMIN

 KETIKA RAKYAT

SAKIT

DOKTOR MOGOK

AMIN

HANYA BERLAKU

DI MALAYSIA

AMIN

INI  SATU

KEJAYAAN BESAR

MUHYIDIN

KHALAS

Berpakaian hitam, kumpulan doktor muda mengadakan mogok Hartal Doktor Kontrak di Hospital Sungai Buloh hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Julai, 2021.

Hartal Doktor Kontrak bermula di Hospital Sungai Buloh

PROTES Hartal Doktor Kontrak di seluruh negara kini bermula dengan kira-kira 50 pegawai perubatan keluar dari pusat rawatan utama negara untuk Covid-19, iaitu Hospital Sungai Buloh.

Protes itu bermula tepat 11 pagi walaupun dengan kehadiran pasukan polis di kawasan itu.

Berpakaian hitam, kumpulan doktor itu membawa plakad dengan antaranya tertera tulisan “kami pakar masa depan”.

Polis melarang doktor yang menyertai protes itu bercakap kepada media yang membuat liputan di situ. Pihak berkuasa turut mengunci pagar hospital.

Sekumpulan doktor lain turut berkumpul mengadakan protes di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis di HL meminta kumpulan doktor berkenaan bersurai. Kira-kira 50 doktor yang menyertai protes itu kemudian bersurai pada 11.30 pagi.

Sementara itu, doktor di Hospital Shah Alam dan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu turut berkumpul sebagai sokongan kepada mogok itu.

“Beri kami jawatan tetap, hak sama rata, kami hormat kerajaan tetapi kami juga perlu rasa selamat. Kami tidak mahu berhenti tetapi mahu KKP beri kami layanan sama rata,” kata doktor di Hospital Shah Alam.

“Ada yang tidak dapat menyertai protes hari ini tetapi ada kira-kira 40 doktor hari ini turut serta di Shah Alam,” kata doktor itu.

Sekumpulan kira-kira 30 doktor turut mengadakan protes di Hospital Seremban.

Di Hospital Selayang yang kini menjadi hospital Covid-19, protes tamat pada 11.25 pagi, diikuti dengan peserta di HKL tamat pada 11.30 pagi.

Doktor di Hospital Sungai Buloh, Shah Alam dan HSNZ turut bersurai pada 11.45 pagi.

Sementara itu di Hospital Seremban, protes melibatkan kira-kira 30 orang doktor dan berlangsung ketika hujan lebat.

Kira-kira pukul 12 tengah hari, walaupun mendapat arahan polsi untuk bersurai, doktor terbabit memberitahu The Malaysian Insight mereka menunggu penganjur untuk menyertai mereka.

Penganjur, Dr Deeban dipanggil ke pejabat pengarah hospital sebelum protes bermula dan masih berada di sini. – 26 Julai, 2021.

 JEPUN ADA

OLYMPIK

AMIN

MALAYSIA ADA

HARTAL

AMIN

MATA DUNIA

SEDANG 

MELIHAT KEJAYAAN

MALAYSIA

KAH KAH KAH




2 ulasan:

herman adnan berkata...

DUNIA INI MILIK ANAK MUDA🍺

Arymanchino berkata...

Hartal kepale bana mereka.Suruh mereka berhenti lah.Beri notis 24.Ape nak ugut2.Klu diri mereka penting sgt gi lah cari kerja lain.Lulusan xberape.Dok belajar atas kedai pah tu nak temberang.Cuba tanya Doktor2 yg menjaga mereka d hospital,mcmane mereka kerja.Doktor2 pakar ni lebih letih nak jage mereka dari jage pesakit..