Khamis, 5 Ogos 2021

APA TINDAKAN ZAHID

 


 APA TINDAKAN

ZAHID

KAH KAH KAH

ACAH ACAH

GERTAK GERTAK

KAH KAH KAH

PELAWAK NEGARA

MASIH SELAMAT

KAH KAH KAH



Tampil bersama Muhyiddin bukti Ismail Sabri tidak sokong parti, kata Zahid

NAIB Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob akan menerima “akibat” kerana menentang parti dan muncul bersama Muhyiddin Yassin semasa siaran langsung perutusan khas perdana menteri semalam, kata presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata Ismail Sabri bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk menarik sokongan daripada Perikatan Nasional (PN) pada Selasa, tetapi kemunculannya semasa perutusan khas semalam menunjukkan beliau tidak menyokong keputusan parti.

“Kami akan bertindak mengikut perlembagaan parti. Akan ada akibat daripada penampilannya, tidak menyokong keputusan parti yang dibuat dalam mesyuarat kelmarin,” kata ahli Parlimen Bagan Datuk itu kepada The Vibes.

“Saya akan menyerahkan kepada lembaga disiplin untuk mengkaji perkara ini.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Zahid berkata sudah menyerahkan satu lagi senarai surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuktikan lebih lapan ahli Parlimen menarik sokongan untuk perdana menteri dan PN.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” kata Zahid dalam kenyataan itu.

Beliau tidak menyatakan jumlah tambahan itu tetapi berkata lebih banyak anggota Parlimen berpihak kepadanya secara bertulis sejak Majlis Tertinggi Umno mengumumkan yang ia mempunyai “cukup” ahli Parlimen yang hilang kepercayaan terhadap kerajaan sekarang.

Beliau berkata kerajaan perlu memanggil sidang khas Parlimen agar Muhyiddin dapat membuktikan majoriti mereka dan bukannya menunggu sehingga bulan depan.

Muhyiddin semalam dalam siaran langsung berkata beliau tidak akan mengundurkan diri tetapi akan mengadakan undi tidak percaya ketika Parlimen bersidang bulan depan untuk menghilangkan keraguan mengenai kesahannya sebagai perdana menteri.

Sejak itu beliau dihujani gesaan untuk mengadakan undian semasa sidang darurat minggu depan, dan bukannya menunggu hingga bulan depan. – 5 Ogos, 2021.

 

ZAHID

WAJIB AMBIL

TINDAKAN 

SEKARANG

AMIN

SEBELUM ZAHID

DIHANTAR

KE SUNGAI BULUH

AMIN 

PELAWAK NEGARA

 AKAN SELAMAT

KHALAS





Tiada ulasan: