Jumaat, 27 Ogos 2021

HEDI WENG BERDAYAH PULAK

 

INI BERITA BAIK

KAH KAH KAH

EDI WENG DAH

BACA AKHBAR

NEW YORK TIMES

AMIN

DAH PANDAI BACA

GUARDIAN LONDON

AMIN

BACA LE MONDE 

DARI PARIS

AMIN

INI NAMANYA

MALIKUL HEBAT

BUKAN

MALIKUL SEMBAB

KAH KAH KAH




Taliban sudah berubah, jangan terpedaya dakyah media Barat, kata Hadi

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan media asing yang terus memberikan gambaran buruk kepada Taliban, yang mengambil alih pentadbiran di Afghanistan, minggu lalu.

Katanya, gerakan Islam itu sudah berubah dan bukan lagi seperti yang digambarkan sebelum ini kerana mereka dulu memaksa amalan mazhab Hanafi, sehingga memaksa lelaki berjanggut dan melarang wanita ke sekolah.

“Umat Islam diharamkan daripada terpengaruh dengan media fasiq (media jahat),” katanya, lalu mengingatkan ayat Al-Quran mengenai kepentingan menyemak maklumat.

“Berilmulah dengan rujukan Islam yang sah, janganlah berpandukan kepada media yang menyebarkan berita yang salah dan jahil,” tambahnya.

Abdul Hadi menulis pandangannya yang disiarkan di lidah rasmi PAS Harakahdaily dan disebarkan melalui pelantar media sosialnya.

Pandangannya yang mempertahankan Taliban muncul lebih kurang seminggu selepas anaknya Muhammad Khalil yang juga pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS disekat di Facebook kerana tulisan bernada sama.

Tulisan Muhammad Khalil juga disiarkan di Harakahdaily.

Facebook serta TikTok minggu lalu menegaskan tidak akan menarik balik sekatan terhadap kandungan yang dianggap membela dan mempromosi Taliban atas alasan mereka pertubuhan pengganas.

Taliban melalui jurucakapnya Zabihullah Mujahid mengkritik sikap pelantar media sosial itu sebagai “sekatan kepada kebebasan bersuara.” 

Dalam sebaran di Facebook, Abdul Hadi menulis Taliban sebagai “T4L1BAN” dipercayai untuk mengelak daripada dipadam oleh pengendali pelantar itu.

Dalam tulisannya, Abdul Hadi mengimbas sejarah ringkas Taliban, gerakan pelajar agama yang mula dikenali semasa perang melawan pencerobohan tentera KEsatuan Soviet pada dekad 1980-an.

Beliau menyifatkan Taliban selama ini jadi mangsa kempen media Barat memburukkan Islam, termasuk dengan menyebar berita palsu mendakwa mereka berniaga dadah.

Kempen memburukkan Taliban itu berterusan setelah Amerika Syarikat berundur dari Afghanistan, katanya.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata Taliban sudah berubah apabila mengampunkan kakitangan kerajaan sebelum ini serta meraikan kepelbagaian masyarakat Afghanistan.

“Perkara yang sangat menarik ialah mereka terus beristiqamah dan berjuang untuk menegakkan Islam.

“Kini wujudnya kepimpinan para ulama’ yang mendalami mazhab Hanafi dan perkembangan politik semasa, iaitu kalangan mereka yang memahami keadaan semasa,” kata presiden PAS.

Abdul Hadi juga berkata selepas mengambil pentadbiran, Taliban mengharamkan balas dendam dan mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai serta melibatkan sebahagiannya dalam peralihan kerajaan.

“Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sendiri memuji tindakan Taliban yang telah membantu bagi melancarkan pengunduran tentera Amerika Syarikat,” katanya.

Malaysia setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai peralihan pentadbiran di Afghanistan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan jemaah menterinya letak jawatan pada 16 Ogos dan perdana menteri baharu Ismail Sabri Yaakob sehingga ini belum menamakan barisan jemaah menteri baharu. – 25 Ogos, 2021.

 INI TALIBARUT

TALIBAN KE

KHALAS



Tiada ulasan: