Isnin, 2 Ogos 2021

TAK PERLU GERTAK

 


TAK PERLU

 GERTAK

AMIN

TAK PERLU

ACAH ACAH

MACAM ZAHID

AMIN 

JANGAN CAKAP

 LAKUKAN 

KHALAS


Protes lebih besar jika kerajaan tak penuhi tuntutan, kata kumpulan belia

GERAKAN belia Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berkata mereka akan terus menentang kerajaan dan tidak terganggu walaupun siasatan polis sedang dijalankan terhadap kumpulan itu kerana menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu lepas.

Jurucakapnya, Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar berkata, kumpulan itu akan terus melawan dan merancang protes yang lebih besar sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

“Anak muda tidak akan berdiam diri selagi tuntutan kami tidak dipenuhi. Kita akan terus keluar dan lawan dengan skala yang lebih besar,” katanya.

Kumpulan itu menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, sidang Parlimen penuh dan moratorium pembayaran pinjaman automatik untuk semua bagi membantu meringankan beban ekonomi yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini merakam keterangan 11 individu yang menyertai perhimpunan Keluar dan Lawan Sabtu lepas berhampiran Dataran Merdeka.

Asraf berkata, lebih ramai peserta akan dipanggil polis dengan sesi lain dijadualkan esok. 

Polis menyiasat peserta perhimpunan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Nasional) 2021 serta Seksyen 21 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Asraf berkata, perhimpunan berkenaan sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Suhakam juga mengesahkan bahawa perhimpunan itu mematuhi SOP dengan semua melakukan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka,” katanya.

Pada perhimpunan berkenaan, peserta membawa bendera hitam dan papan nama serta sepanduk dengan slogan-slogan seperti “Kita mati dalam derhaka” dan “kerajaan pembunuh”, merujuk pada tanggapan kerajaan terhadap krisis Covid-19 yang mengorbankan lebih 8,000 orang.

Beberapa peserta juga membawa patung yang dibalut dengan kain putih sebagai simbolik mangsa Covid-19. Lima patung juga diletakkan di jalan berhampiran Dataran Merdeka.

SSR adalah kumpulan sama yang sebelum ini mengadakan tunjuk perasaan bendera hitam di media sosial dan juga di Dataran Merdeka pada 17 Julai yang mengecam tindakan kerajaan Perikatan Nasional dalam mengawal penularan wabak Covid-19. – 2 Ogos, 2021.

SUSUN ATUR

DI SELURUH

NEGARA

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tt kita dah tahu mudim mmg tak cukup majoriti.. nuar dok ulang2 mudim tak ada majoriti.. kita tak nak tahu pasal ni kita nak tahu siapa ada majortiti...

Tanpa Nama berkata...

SSR ni... himpun lawan sesaje... x de cadangn sape piiemmm...Kalu majurriti piiemm yg ambik alih tu pun cupoi cupoi je.... x yahh lee... mike me meroyan atas jln tu.... x de pekdah nye.... entah entah mike me pun budak sorohan je... sape tau.... mcm mp mp tu... tak sedor ke diri...nk masuk perlimen juge... nk buat pe kebenda... setakat jerit jerit maki maki kate mengate pure pure gaduh kt atas jalan pun ngam juge... mp gagallll.... wa cakap luuuu.... gagal membela rak yat... ape ke susahnye... sokong le dulu abah tu... bio dia kuat lawan kobid... abis kobid lawan le.... kesian ke rakyat tengah sesak sasau ni...pakat pakat le mp mp gagalll... sepakat membawa berkat.