Selasa, 3 Ogos 2021

UMNO BERSIDANG LAGI

 

 

UMNO

BERSIDANG LAGI

AMIN

APAKAH 

HANYA ACAH ACAH

GERTAK GERTAK

KAH KAH KAH

ATAU BETUL

NAK TERAJANG

MUHYIDIN

AMIN


Cukuplah masanya Umno bersama Perikatan, kata Shahrir Samad


MASA sudah sampai untuk Umno berhenti daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terus melakukan kesilapan demi kesilapan, kata veteran parti Shahrir Samad.

Shahrir membuat seruan itu menjelang mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno petang ini yang berlangsung di tengah perkembangan terkini politik ketika kerajaan bertembung dengan Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pemansuhan ordinan darurat.

“Dari satu kesilapan kepada satu lagi kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan PN ini. Yang pertama belum selesai, ditambahkan masalah perbuatan sendiri.

“Cukuplah untuk Umno bersama PN,” katanya dalam satu komentar di Facebook.

Bekas ahli Parlimen tujuh penggal berkata beliau terkejut dengan tindakan polis menyekat jalan masuk ke bangunan Parlimen semalam, ketika Yang di-Pertuan Agong sudah bertitah supaya Parlimen berperanan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Shahrir berpendapat jawatan timbalan perdana menteri dan menteri yang dipegang oleh pemimpin Umno pun tidak dapat menghalang kerajaan PN daripada merosakkan sistem kenegaraan.

“Keluar saja (daripada PN),” katanya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat MKT Umno petang ini akan memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa.

“Umno amat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya menyentuh krisis hubungan antara Istana dan Kerajaan, pencabulan terhadap Kedaulatan Institusi Raja, Keluhuran Perlembagaan dan pemandulan terhadap amalan Demokrasi Berparlimen,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam mesyuarat terakhirnya pada 7 Julai, MKT Umno membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan mendesak beliau letak jawatan secara terhormat.

Zahid memberi alasan kerajaan Muhyiddin gagal berdasarkan ukuran syarat yang Umno tetapkan semasa mendukung pembentukan kerajaan baharu menggantikan Pakatan Harapan pada Mac 2020.

Umno pada masa sama juga memberi kelonggaran kepada ahli-ahli Parlimennya untuk menentukan sendiri sokongan mereka berpandukan keputusan parti, sekiranya berbangkit undian di Dewan Rakyat. – 3 Ogos, 2021.

 MUHYIDIN BIJAK

BERI JAWATAN

PADA MUNKEE

KAH KAH KAH

SEMUA MUNKEE

ADA JAWATAN

TETAP SOKONG

MALIKUL

KHALAS



Tiada ulasan: