Jumaat, 31 Disember 2021

BALAK BANJIR - INGAT CARA BACA AKHBAR MALASYIA

 





Jabatan hutan Pahang nafi aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Lentang

SEMAKAN udara menggunakan dron mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan (HS) Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong. 

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi kenyataan malam ini, memaklumkan semakan di kedua-dua lokasi mendapati sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan menerusi media sosial, merupakan sisa sampah sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Disember lepas.

“Semakan mendapati berlaku kejadian kepala air di dua lokasi itu bermula di HS Lentang akibat hujan lebat berterusan selama tiga hari bermula 16 Disember hingga banjir besar di Bentong pada 18 Disember lepas, yang disokong data taburan hujan Jabatan Pengairan dan Saliran Bentong dengan mencatatkan bacaan purata 155 milimeter (mm) pada 18 Disember serta dikategorikan sebagai sangat lebat.

“Semakan udara juga mendapati banyak kesan tanah runtuh di kawasan berbukit di dalam HS Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik yang membawa sisa sampah sarap terdiri daripada tanah-tanih, batu-batan dan pokok-pokok yang hanyut masuk ke dalam Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul akibat arus air yang sangat kuat menghentam di sepanjang laluan sungai tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPNP, semakan di lapangan turut menemukan pelbagai sisa batang pokok dan kayu terdiri daripada pelbagai spesies antaranya pokok hutan, durian, getah dan kelapa sawit yang memberikan gambaran arus air sungai yang deras turut membawa sampah sarap dari kawasan luar HS Lentang.

Kejadian kepala air di dua lokasi itu, menurut JPNP tiada kena mengena dengan aktiviti pembalakan di tanah kerajaan Sungai Gapoi seperti dakwaan sesetengah pihak kerana jaraknya adalah sejauh 16 kilometer (km) dari Jambatan Telemong dan 23 km dari jalan Bentong-Karak. 

Selain itu, tinjauan di lokasi hari ini mendapati air Sungai Gapoi jernih dan tiada kesan kepala air.

JPNP juga memaklumkan HS Lentang telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air sejak 2002 menyebabkan tiada aktiviti pembalakan dibenarkan selain kawasan seluas 30 hektar dalam hutan itu dijadikan sebagai petak Hutan Pemuliharaan Bernilai Tinggi (HCVF) pada 2012 yang bermaksud kawasan Hutan Perlindungan yang tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti pembalakan.

Berhubung sisa kayu itu, JPNP berkata tindakan lanjut akan dilakukan bagi memastikan sisa itu dialihkan segera dan dilupuskan mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 selain tinjauan lanjut menggunakan helikopter akan dibuat pada awal Januari bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu dan lokasi kejadian kepala air dalam HS Lentang. 

JPNP juga mencadangkan kawasan tanah kerajaan yang tidak diusahakan, yang bersempadan dengan HS Lentang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Seksyen 10 APN 1984 supaya kerja pemulihan seperti penghutanan semula dapat dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku di masa hadapan. 

Selain itu, JPNP juga menyarankan pelaksanaan penguatkuasaan pematuhan zon penampan sungai di sepanjang sungai yang dibangunkan oleh agensi, syarikat atau orang awam bagi mengelakkan berlaku hakisan lebih serius. – Bernama, 30 Disember, 2021.

BANJIR & BALAK

MANA BETUL

MANA SALAH

AMIN

SENANG SAJA

NAK BAGI SELESAI

AMIN

RUJUK CARA

BACA MEDIA

MALAYSIA

AMIN

JIKA DINAFI

TAKDA TEBANG

BALAK ERTINYA

ADA TEBANG

 BALAK

AMIN

JIKA NAFI

RABA RABA

PEHA BUDAK 

BAWAH UMUR

ERTINYA ADA

RABA RABA

KHALAS

AMIN

Tiada ulasan: